SECURETAC CIMB : CARA AKTIFKAN / GUNA SECURETAC
CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad bermula 5 Disember 2022, mengumumkan mereka akan berhijrah sepenuhnya ke sistem pengesahan transaksi SecureTAC menggantikan sistem SMS OTP menjelang separuh tahun pertama 2023.
Pelanggan tidak lagi akan menerima TAC SMS bagi urus niaga ini dan sebaliknya mereka perlu memuat naik aplikasi CIMB Clicks dan meluluskan urus niaga menerusi SecureTAC yang bernilai RM 100 ke atas.
Pelanggan yang ingin log masuk aplikasi pertama juga akan melalui pengesahan panggilan pelanggan bermula 26 Disember 2022. Sistem aplikasi baharu ini diperkenalkan dengan ciri-ciri keselamatan terkini bagi mewujudkan persekitaran perbankan
yang lebih selamat.
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Securetac Cimb Clicks sebagai rujukan untuk anda.
Baca juga : RENEW CIMB ATM CARD ONLINE : CARA MOHON / TUKAR / AKTIF KAD BANK CIMB BARU
SECURETAC CIMB CLICK
Secure TAC ialah ciri keselamatan yang diperlukan untuk kebanyakan transaksi CIMB Clicks. Dengan Secure TAC, anda boleh menikmati kelulusan satu klik yang mudah dan selamat melalui Apl CIMB Clicks dan bukannya memasukkan TAC SMS 6 digit secara manual
Anda tidak perlu lagi menunggu SMS dan ia berfungsi semasa anda berada di luar negara juga! Secure TAC melindungi transaksi anda dengan penyulitan yang dipertingkatkan supaya anda boleh meluluskan transaksi web/apl anda terus dari aplikasi CIMB Clicks anda dengan cepat dan selamat.
Anda boleh muat turun dan intalls aplikasi CIMBClicks di sini:
- Android
- IOS
Nota : Untuk menggunakan Aplikasi CIMB Click, peranti mudah alih anda perlulah sekurang-kurangnya menggunakan sistem operasi:
- iPhone : iOS 12 dan ke atas
- Android: Android 9 dan ke atas
PERBEZAAN SECURETAC DENGAN SMS TAC
SECURE TAC VS SMS TAC
Berikut adalah merupakan perbezaaannya:
CARA | SECUTETAC | SMS TAC |
Terima melalui | Aplikasi CIMB Clicks (Peranti utama sahaja)* | SMS (No telefon bimbit berdaftar dalam rekod CIMB Click) |
Cara Meluluskan | Klik pada Pemberitahuan (notification) ATAU (BARU) Klik pada butang “SecureTAC” pada halaman ke-2 Skrin Utama Apl Cimb Clicks | Masukkan kod 6 digit yang diterima melalui SMS untuk menyelesaikan transaksi. |
Pengaktifan | Sekali sahaja melalui Aplikasi CIMB Clicks | Tidak diperlukan |
*Peranti Utama merujuk kepada telefon terkini yang anda gunakan untuk mengaktifkan ciri Secure TAC
CARA AKTIFKAN SECURE TAC CIMBCLICK
CIMB SECURETAC ACTIVATION
Terdapat dua kaedah untuk aktifka fungsi ini iaitu:
- Kaedah 1
- Klik pada notifikasi pemberitahuan Secure TAC yang diterima pada telefon anda
- Klik pada “Luluskan”
- Kaedah 2
- Buka Aplikasi CIMB Click
- Leret ke kiri pada skrin utama & pilih “SecureTAC”
- Klik pada “Luluskan”
CARA GUNA SECURETAC CIMBCLICK
HOW TO USE CIMB SECURETAC
- Untuk Transaksi di Aplikasi Telefon
- Sahkan butiran transaksi pada laman pengesahan. Pastikan semua butiran tepat dan betul sebelum ke langkah seterusnya.
- Skrol ke bawah dan tekan butang ‘Approve’ untuk sahkan transaksi.
- Untuk Transaksi Perbankan Atas Talian
- Hantarkan permintaan bagi transaksi
- Buka aplikasi CIMB Clicks dan buka notifikasi SecureTAC
- Sahkan transaksi dengan menekan butang ‘Approve’.

Nota: Fungsi ini amat pantas dan anda tidak perlu lagi menunggu untuk menerima SMS TAC
TIADA SMS TAC CIMB BAGI TRANSAKSI RM100 KEATAS
Untuk makluman kepada pengguna CIMB, Anda Tidak Lagi Akan Terima TAC Melalui SMS Untuk Transaksi RM100 Ke Atas
- Tarikh perlaksanaan
- Mulai 5 Disember 2022
- Pelaksanaan SecureTac
- Semua transaksi melalui laman web CIMB Clicks bernilaiRM100 dan ke atas akan menggunakan pengesahan melalui SecureTAC sahaja yang dihantar melalui aplikasi CIMB Clicks.
- Ini bermakna tiada lagi penghantaran kod TAC atau OTP melalui SMS untuk transaksi RM100 dan ke atas.
- Transaksi terlibat
- Transaksi ini melibatkan pemindahan wang, pembayaran bil, tambah nilai prabayar.
TRANSAKSI RM100 KE BAWAH
Untuk transaksi atas talian bernilai kurang daripada RM 100, anda mempunyai pilihan untuk mohon TAC melalui SMS selepas 50 saat.
Sila ambil maklum bahawa proses pengesahan SecureTAC adalah tidak sah selepas pengguna meminta TAC menerusi SMS.

SOALAN LAZIM
Bagaimana sekiranya tidak menerima notifikasi Secure Tac?
- Buka Aplikasi CIMB Clicks
- Leret ke kiri pada skrin utama & pilih “SecureTAC”
- Klik pada “Luluskan”
Berapa banyak telefon yang boleh didaftaran Secure Tac ini?
- Anda boleh mengaktifkan Secure TAC pada maksimum dua (2) peranti. Apabila anda cuba mengaktifkan SecureTAC pada peranti ketiga (ke-3), anda akan menerima mesej segera untuk menyahaktifkan salah satu peranti sedia ada.
Bagaimana sekiranya telefon hilang?
- Untuk menyahaktifkan Secure TAC dalam telefon yang hilang, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan CIMB di +603 6204 7788.
UNTUK RUJUKAN
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau ada sebarang persoalan mengenai penggunaan SecureTAC CIMB, sila semak Soalan Lazim yang dikongsikan oleh pihak CIMB di laman web mereka sebagai rujukan :