in ,

SEMAK BAKI LOAN KERETA PUBLIC BANK : SEMAK SECARA ONLINE

SEMAK BAKI LOAN KERETA PUBLIC BANK

SEMAK BAKI LOAN KERETA PUBLIC BANK : SEMAK SECARA ONLINE

Semakan baki pinjaman kereta sekarang tidak perlu lagi anda bersusah payah untuk ke kaunter bank.Pengurusan bank semakin maju selaras dengan perkembangan teknologi terkini.Semakan pinjaman kereta boleh di semak menerusi online sahaja melalui applikasi mobile app PB engage MY.

Untuk makluman anda applikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store mahupun Apple App Store.

MAKLUMAT YANG PERLU ANDA KETAHUI DALAM PROSES BAYAR KERETA IALAH :

  1. Pastikan nombor perjanjian/nombor kontrak dan nama Anda betul dan lengkap.
  2. Pastikan nombor akaun tujuan betul.
  3. Memasukan data dengan tidak betul dan tidak lengkap akan menyebabkan proses pembayaran pinjaman tak berjaya.
  4. Pastikan pembayaran dibuat pada hari bekerja dan sebelum tarikh akhir.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK SEMAK BAKI LOAN KERETA PUBLIC BANK

Sebelum itu pastikan anda daftar Public Bank Online (PBe) terlebih dahulu sebelum dapat Login menggunakan PB engage MY mobile app atau website rasmi Public Bank.

Sekiranya Anda sudah berdaftar dan memiliki pinjaman dari Public Bank, mungkin Anda perlu mengetahui berapa sisa baki pinjaman kereta Anda. Berikut ialah, langkah-langkah cara semakan baki pinjaman kereta Public Bank online.

  1. Buka aplikasi PB engage MY di telefon pintar.
  2. Di laman Login, sila masukkan User ID.
  3. Tekan Next.
  4. Isi Password.
  5. Tekan Login.
  6. Di bahagian Menu, anda akan dipamerkan pilihan seperti:
    -Account
    -Fund Transfer
    -Payment
    -Prepaid Top-up
    -Cheque Management
  7. Klik bahagian Account.
  8. Pada laman Account akan terpapar bahagian seperti:
    -Savings & Current Account
    -Fixed Deposit
    -Islamic Term Deposit
    -Card
    -Loan/Financing
    -Gold Investment
  9. Tekan bahagian Loan/Financing.
  10. Baki loan kereta Public Bank atau pinjaman anda akan dipamerkan secara detail.
  11. Sila screenshot untuk rujukan anda. (Jika perlu)
  12. Semak baki loan kereta Public Bank anda telah selesai.

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DAN MASALAH

Anda boleh menghubungi pihak Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PBe di talian 03-2179 9999 atau menghantar e-mel kepada [email protected].

Sebagai tambahan, waktu operasi Perkhidmatan Pelanggan Public Bank adalah bermula dari 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam setiap hari.

BACA JUGA DISINI

PENDAFTARAN BANK RAKYAT ONLINE : CARA DAPATKAN T-PIN BANK RAKYAT DI ATM

CARA BOOKING PUSPAKOM UNTUK LORI : PUSPAKOM ONLINE BOOKING LOGIN

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *