SEMAK NOMBOR CUKAI PENDAPATAN :CARA DAPATKAN NOMBOR INCOME TAX INDIVIDU
Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.
Keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai.
Perniagaan terdiri daripada:
- Milikan Tunggal /Bekerja Sendiri
- Individu yang menjalankan perniagaan secara perseorangan
- Perkongsian
- Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Perkongsian mungkin wujud di antara :
- Individu-individu
- Dua syarikat
- Individu dan syarikat
- Individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian
- Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Perkongsian mungkin wujud di antara :
Contoh Perniagaan :
- Perniagaan runcit
- Perniagaan jualan langsung
- Pertanian dan penternakan
- Perniagaan gerai
- Klinik, firma guaman atau lain-lain pengamal professional
- Bidang penulisan dan lakonan
- Broker Saham
Pendaftaran nombor cukai pendapatan secara dalam talian bagi kategori fail:
- Koperasi (CS);
- Pertubuhan (F);
- Badan Amanah (TA)
- Unit Amanah / Amanah Harta Tanah (TC),
- Amanah Perniagaan (TN); dan
- Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta (TR)
Ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Pendaftaran perlu dilakukan dengan hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran sama ada melalui e-Janjitemu atau walk-in bergantung kepada waktu operasi kaunter perkhidmatan LHDNM mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
BACA JUGA: DAFTAR MYFUTUREJOBS :LOGIN PORTAL PENJANA KERJAYA
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
SEMAK NOMBOR CUKAI PENDAPATAN :CARA DAPATKAN NOMBOR INCOME TAX INDIVIDU
LANGKAH 1: Sila ke laman web rasmi LHDN = https://edaftar.hasil.gov.my/semaknocukai/index.php
LANGKAH 2: Pada bahagian Jenis Pengenalan, anda boleh pilih samada anda ingin memilih No. Kad Pengenalan atau No. Polis atau No. Tentera atau No. Passport
LANGKAH 3: Pada bahagian No. Pengenalan, sila isi berdasarkan Jenis Pengenalan anda
LANGKAH 4: Pada bahagian Kod Keselamatan, anda hanya perlu memasukkan abjad dan nombor yang tertera pada gambar captcha tersebut (setiap orang akan mendapat gambar captcha yang berbeza, sila rujuk gambar captcha anda dan bukannya contoh gambar diatas)
LANGKAH 5: sila isi Emel dan No. Telefon Bimbit
LANGKAH 6: klik pada butang Hantar
Nombor Cukai Pendapatan Individu anda akan dipaparkan Selesai!