SEMAKAN BAYARAN BKC FASA 2
[BAYARAN FASA 2 BANTUAN KHAS COVID-19 PADA 25 NOVEMBER 2021]
Seperti semua sedia maklum, pembayaran Fasa 1 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) telah selesai dibuat pada bulan September yang lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.1 bilion dan memanfaatkan hampir 10 juta penerima. Seperti dijanjikan, pembayaran Fasa 2 BKC akan dibuat mulai 25 November 2021 (Khamis) dengan peruntukan RM300 juta. Bayaran kedua ini akan melibatkan 700 ribu penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin. (RUJUK JADUAL 1)
Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC, iaitu https://bkc.hasil.gov.my/ Untuk maklumat lanjut termasuk kriteria penerima dan jumlah bantuan yang bakal diterima,warga Keluarga Malaysia boleh merujuk Jadual 2 Pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 BKC akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada bulan Disember 2021 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.
BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan
Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej
rangsangan ekonomi. Pada 28 Jun 2021, kerajaan telah mengumumkan Pakej PEMULIH sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik COVID-19.
Ingin saya tegaskan kerajaan sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan
berharap pembayaran BKC ini mampu meringankan beban rakyat yang masih
terkesan akibat pandemik COVID-19. Bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, kerajaan juga akan terus komited memastikan bantuan yang disediakan dapat disalurkan secara berkesan.
Jenis Penerima (Kategori Miskin) | Tarikh Pembayaran Mulai | Cara Pembayaran |
Isi rumah, warga emas dan individu bujang | 25 November 2021 | Terus dikreditkan ke dalam akaun bank. |
Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak) | 25 November 2021 | Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa |
Bil. | Kategori Penerima | Kategori / Amaun Kelayakan | Fasa Pembayaran | Amaun Bayaran (RM) |
1. | Miskin | Isi Rumah / RM1,300 | 1 hingga 3 | 500 pada Fasa 1 dan 2, manakala 300 pada Fasa 3 |
2. | Miskin | Warga emas bujang/tiada pasangan / RM500 | 1 dan 2 | 200 pada Fasa 1, 300 pada Fasa 2 |
3. | Miskin | Bujang / RM500 | 1 dan 2 | 200 pada Fasa 1, 300 pada Fasa 2 |
4. | B40 | Isi Rumah / RM800 | 1 dan 3 | 500 pada Fasa 1, 300 pada Fasa 3 |
5. | B40 | Warga emas bujang/tiada pasangan / RM200 | 1 | 200 |
6. | B40 | Bujang / RM200 | 1 | 200 |
7. | M40 | Isi Rumah / RM250 | 1 | 250 |
8. | M40 | Warga emas bujang/tiada pasangan / RM100 | 1 | 100 |
9. | M40 | Bujang / RM100 | 1 | 100 |
BACA JUGA: CARA MOHON SUBSIDI KERUSI KESELAMATAN :BANTUAN BAGET 2022
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
SEMAKAN BAYARAN BKC FASA 2
Semakan status BKC boleh dibuat mulai 6 September 2021
[CARA BUAT SEMAKAN BKC DI PORTAL RASMI BKC]
- Pergi ke Portal Rasmi BKC = (https://bkc.hasil.gov.my/)
- Klik Log Masuk atau Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Status Permohonan
- Amaun Keseluruhan Diterima
- Maklumat Pembayaran
- Paparan Borang
[CARA DAFTAR MYBKC]
- Klik Log Masuk / Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Sekiranya anda belum mendaftar MyBKC, paparan “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar” akan dipaparkan.
- Klik Daftar Akaun
- Maklumat Keselamatan
Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan
dengan tepat dan betul
a) Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat asas yang
dilaporkan pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian.
b) Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi
3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
c) Jika akaun telah disekat kerana salah menjawab soalan Rujuk
Jawapan bagi Soalan 7.
- Pendaftaran MyBKC (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)
a) Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
i)Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
ii)Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBKC
b) Jawab 5 Soalan yang disediakan
i)Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
ii) Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
c) Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan
d) Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik
butang Daftar
i)Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
ii) Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
iii) Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBKC
e) Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu BKC”. Anda boleh Log Masuk MyBKC / Semakan Status.