in ,

SEMAKAN KELAYAKAN DISKAUN PINJAMAN PTPTN

SEMAKAN KELAYAKAN DISKAUN PINJAMAN PTPTN

SEMAKAN KELAYAKAN DISKAUN PINJAMAN PTPTN

Bagi memudahkan urusan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang merupakan juga tanggungjawab peminjam untuk melangsaikan pembayaran balik pinjaman, kerjaaan dengan ini bersetuju untuk memberi diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022. 

BACA JUGA: CARA MOHON PAKEJ CUTI PENJAWAT AWAM PESARA

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

SEMAKAN KELAYAKAN DISKAUN PINJAMAN PTPTN

terdapat beberapa kategori diskaun yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan iaitu:

  • Diskaun sebanyak 15% akan diberikan atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
  • Diskaun sebanyak 12% adalah untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran
  • Diskaun sebanyak 10% adalah untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual

anda juga boleh membuat semakan pembayaran pinjaman PTPTN dan mengira sendiri berapakah jumlah pembayaran yang anda perlu lakukan sekiranya anda layak memperoleh diskaun pinjaman PTPTN atau anda boleh bertanya terus kepada pegawai-pegawai pengurusan di mana-mana cawangan PTPTN berhampiran kawasan anda.

berikut merupakan cara untuk membuat semakan baki pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) secara online:

  1. sila layari laman web rasmi PTPTN = (https://www.ptptn.gov.my/)
  2. klik pada bahagian e-PERKHIDMATAN
  3. kemudian tekan pada butang Bayaran Balik
  4. klik pada Penyata Pinjaman Online
  5. sila masukkan nombor kad pengenalan awam anda pada bahagian yang disediakan dan klik butang search
  6. Klik Semak untuk proses seterusnya.
  7. kemudian, masukkan Kata Laluan anda (sekiranya anda terlupa kata laluan, anda boleh klik pada Lupa Kata Laluan dan PTPTN akan menghantar kata laluan baru kepada anda melalui email anda, sekiranya anda pengguna kali pertama, anda perlu menghubungi PTPTN bagi mendapatkan kata laluan sementara yang akan dihantar ke e-mel anda.)
  8. Setelah berjaya login, semakan baki PTPTN akan dipaparkan dalam 2 pilihan melalui ikon Penyata Baki atau Penyata Baki Terperinci.
  9. anda boleh pilih untuk melihat samada Penyata Baki atau Penyata Baki Terperinci
  10. akhirnya anda boleh cetak semakan berikut sekiranya perlu pada butang cetak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA MOHON PAKEJ CUTI PENJAWAT AWAM PESARA

CARA MOHON PAKEJ CUTI PENJAWAT AWAM PESARA