SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE (SAPS IBU BAPA)
SAPS Ibu Bapa: Login / Semak Keputusan Peperiksaan 2022
Seiring dengan perkembangan teknologi,muktahir ini,keputusan peperiksaan anak-anak boleh di semak hanya dengan sekelip mata sahaja.Tiada lagi kes anak-anak menyorok buku rekod peperiksaan kerana takut di marah oleh ibubapa.Ibu bapa boleh mengakseskan keputusan anak-anak tanpa mereka sedari.Semakan slip peperiksaan pelajar kini boleh dibuat secara online melalui portal SAPS Ibu Bapa 2020 atau dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA).
Sistem ini mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memudahkan ibu bapa mengikuti perkembangan ujian/peperiksaan anak-anak di sekolah.
Namun sistem SAPS Ibu Bapa tidak menyokong peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM.Sistem analisis peperiksaan sekolah hanya menyokong ujian bulanan dan peperiksaan tahunan yang diuruskan pihak sekolah termasuk peperiksaan percubaan.
Selai itu,ibu bapa juga boleh menyemak keputusan peperiksaan yang terdahulu bagitu tujuan rujukan untuk anak-anak meningkatkan lagi usaha untuk memperbaiki keputusan mereka.Erti kata lain sebagai dorongan kepada mereka.
Pastikan semakan dibuat setelah keputusan peperiksaan sudah siap dikemaskini/atau selesai markah dimasukkan kedalam sistem oleh para guru yang terlibat.Sila hubungi sekolah atau guru untuk mengetahui tarikh mula semakan.
SEMAKAN KEPUTUSAN SEKOLAH RENDAH / SEMAKAN KEPUTUSAN SEKOLAH MENENGAH
Untuk membuat semakan, sila ikuti beberapa langkah di bawah:
- Layari portal SAPS Ibu Bapa atau klik link berikut https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
- Masukkan nombor kad pengenalan pelajar dan klik “Cari”
- Kemudian masukkan maklumat sekolah pelajar termasuk pilihan negeri dan nama sekolah
- Klik butang “Semak”
- Sistem akan memaparkan keputusan peperiksaan pelajar
Untuk makluman, berikut adalah gred pemarkahan di sekolah rendah, menengah dan menengah atas untuk rujukan ibu bapa.
Gred Sekolah Rendah (Darjah 1-6)
- 80-100 Gred A Cemerlang
- 65-79 Gred B Baik
- 50-64 Gred C Memuaskan
- 40-49 Gred D Mencapai Tahap Minimum
- 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH Tidak Hadir
Gred Sekolah Menengah (Tingakatan 1-5)
- 85-100 Gred A Cemerlang
- 70-84 Gred B Kepujian
- 60-69 Gred C Baik
- 50-59 Gred D Memuaskan
- 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
- 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH Tidak Hadir
Gred Menengah Atas (Tingkatan 6)
- 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
- 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
- 70-79 Gred A- Cemerlang
- 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
- 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
- 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
- 50-54 Gred C Kepujian
- 45-49 Gred D Lulus Atas
- 40-44 Gred E Lulus
- 0-39 Gred G Gagal
- TH Tidak Hadir
MASALAH LOGIN SAPS
Terdapat beberapa aduan tentang masalah tak boleh login SAPS Ibu Bapa.Masalah tersebut terjadi mungkin disebabkan pengguna terlupa ID atau kata laluan sebenar.
Kesilapan huruf besar/kecil bagi ID atau kata laluan juga menyebabkan pengguna tidak boleh login ke sistem SAPS NKRA.
Untuk makluman ibu bapa, pengguna tidak boleh mengubah ID atau password.Hanya Guru Kelas / Guru Matapelajaran sahaja boleh menukar ID atau password pengguna.
Sekiranya ibu bapa masih menghadapi masalah seperti nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat akses SAPS, sila rujuk maklumat di bawah.Ibu bapa perlu menghubungi guru kelas (GK) anak mereka bagi memaklumkan masalah tersebut.GK hendaklah menyemak nombor KP dengan dokumen sokongan (KP/sijil lahir).
Jika disahkan salah, GK perlu mengemaskini pelajar berkenaan di APDM dan melaporkan masalah ini kepada SUP sekolah.SUP dikehendaki mengemaskini nombor KP pelajar tersebut di SAPS.
SOALAN LAZIM
Saya tidak tahu proses mengendalikan SAPS di sekolah saya?
Sila rujuk guru data HEM atau PK HEM untuk urusan pendaftaran dan sebagainya.
Sebagai SUP baru saya tiada ID SAPS, bagaimana?
Pertama sila daftar ID SUP terlebih dahulu di portal rasmi http://sapsnkra.moe.gov.my
Bagaimana pula jika komputer memaparkan ralat “KOD AKSES ATAU KATA LALUAN SALAH! SILA LOGIN SEMULA”?
Mungkin anda tersilap masukkan ID ketika login. Sila cuba sekali lagi. Namun jika masalah sama berulang, sila rujuk pegawai meja SAPS PPD / JPN.
Bagaimana jika terlupa kata laluan?
Sila rujuk pegawai meja SAPS di PPD atau JPN untuk menyemak semula / RESET login anda.
Terdapat nama murid yang berulang dalam sistem SAPS & APDM?
Masalah ini berpunca dari sistem APDM yang telah berubah. Sila padam nama murid yang berulang dan minta SUP untuk import semula nama murid secara individu.
Semoga perkhidmatan semakan online SAPS Ibu Bapa ini dapat membantu ibubapa dalam memantau prestasi akademik anak-anak.
BACA JUGA DISINI :
eDAFTAR RENDAH TAHUN 1 2023/2024 : PENDAFTARAN ONLINE KPM(public.moe.gov.my)