in ,

SEMAKAN MYKID : CHECK SECARA ONLINE

SEMAKAN MYKID

SEMAKAN MYKID : CHECK SECARA ONLINE

Perhatian kepada ibu dan bapa yang ingin membuat semakan status permohonan MyKid. Permohonan lazimnya dilakukan oleh ibu atau bapa setelah mempunyai anak masing-masing bagi memastikan data kelahiran yang sah dan urusan rasmi yang lain seperti kesihatan dan pendidikan. Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Semakan MyKid JPN secara atas talian iaitu untuk mengetahui Status Permohonan dan Serahan untuk panduan semua.

BACA JUGA DISINI : SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE (SAPS IBU BAPA)

MyKid adalah dokumen penting bagi setiap warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun ke bawah. Kad pengenalan tanpa gambar yang mengandungi cip mikro ini sama seperti MyKad. Ianya dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan memainkan peranan penting dalam urusan rasmi seperti pendaftaran sekolah, urusan perubatan dan pelbagai keperluan lain.

CARA SEMAKAN MYKID JPN

Di bawah dikongsikan maklumat berkenaan cara semak status permohonan MyKid JPN beserta tarikh serahan untuk rujukan semua. Ibu, bapa atau penjaga perlu mengikuti kaedah-kaedah yang diberikan supaya urusan permohonan kad berjaya dilakukan dengan lancar.

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

  1. Aplikasi JPN (data kelahiran)
  2. Maklumat kesihatan
  3. Maklumat pendidikan
  4. Kad ini mengandungi maklumat penting seperti:

Kad ini mengandungi maklumat penting seperti:

  1. Nama penuh
  2. Nombor MyKid
  3. Tarikh lahir
  4. Alamat
  5. Nama ibu bapa atau penjaga
  6. Ianya juga dilengkapi dengan cip yang mengandungi maklumat peribadi kanak-kanak, yang memudahkan pelbagai urusan rasmi.

PERMOHONAN MYKID ONLINE

Sehingga sekarang urusan permohonan mykid tidak boleh dibuat melalui talian(online).Proses permohonan MyKid adalah mudah dan boleh dilakukan di mana-mana pejabat JPN di seluruh negara. Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon :

  1. Dokumen yang diperlukan:
    • Sijil Kelahiran asal dan salinan
    • MyKad ibu bapa atau penjaga asal dan salinan
    • Borang permohonan yang lengkap diisi (Borang JPN.KC02)
  2. Proses Permohonan:
    • Kunjungi mana-mana pejabat JPN dengan membawa dokumen yang diperlukan.
    • Isi borang permohonan dengan lengkap dan serahkan kepada pegawai JPN.
    • Pegawai akan memproses permohonan dan memberikan resit sebagai bukti permohonan.
    • Pastikan anda mendapat Notis Kutipan MyKid yang tertera no MyKid untuk semakan status permohonan
  3. Bayaran:
    • Tiada bayaran dikenakan untuk permohonan kali pertama. Namun, untuk penggantian MyKid yang hilang atau rosak, bayaran tertentu akan dikenakan.

SEMAKAN MYKID ONLINE

Selepas permohonan dibuat, anda boleh menyemak status permohonan melalui beberapa cara:

  1. Semakan Melalui Laman Web JPN:
  • Layari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my
  • Pilih e-service.
  • Klik pada menu ‘Semakan Status Permohonan’.
  • Masukkan nombor MyKid dan nombor CAPTCHA yang dipaparkan.
  • Klik butang ‘Semak’ untuk mendapatkan status terkini permohonan MyKid.
  • Jika paparan ‘Status Permohonan: MyKid sedia untuk diambil’ maka anda boleh datang ke cawangan JPN untuk mengambil MyKid yang dimohon
  1. Semakan MyKid Melalui SMS
  • Taip JPNMYKIDNo. MyKid
  • Hantar SMS ke 15888
  • Contoh : JPN MYKID 151212 11 3343
  • Caj perkhidmatan sebanyak RM0.15 akan dikenakan sebagai caj penghantaran dan RM0.20 pula akan dikenakan sebagai caj penerimaan
  1. Semakan Melalaui Panggilan Telefon:
  • Hubungi talian khidmat pelanggan JPN di 03-8000 8000.
  • Berikan maklumat yang diperlukan seperti nombor rujukan permohonan atau nombor sijil kelahiran.
  • Pegawai JPN akan memberikan maklumat terkini tentang status permohonan anda.

4.Semakan Melalui Pejabat JPN:

  • Kunjungi mana-mana pejabat JPN berhampiran.
  • Bawa resit permohonan dan dokumen pengenalan diri.
  • Pegawai JPN akan membantu anda menyemak status permohonan MyKid.

    CARA AMBIL MYKID ANAK

    Setelah permohonan MyKid diluluskan dan kad siap untuk diserahkan, anda perlu mengambilnya di pejabat JPN yang anda pilih semasa membuat permohonan. Berikut adalah langkah-langkah untuk proses serahan MyKid:

    1. Pemberitahuan Serahan: Anda akan menerima pemberitahuan melalui SMS atau surat rasmi daripada JPN bahawa MyKid sudah siap untuk diambil.

    2. Dokumen yang Diperlukan untuk Serahan:

    • Resit asal permohonan.
    • MyKad asal ibu bapa atau penjaga.
    • Sijil Kelahiran asal kanak-kanak.

    3. Proses Pengambilan:

    • Kunjungi pejabat JPN yang dinyatakan dalam pemberitahuan serahan.
    • Serahkan dokumen yang diperlukan kepada pegawai JPN.
    • Pegawai akan mengesahkan maklumat dan menyerahkan MyKid kepada anda.

    4. Semakan MyKid:

    • Pastikan semua maklumat pada MyKid adalah betul sebelum meninggalkan pejabat JPN.
    • Jika terdapat sebarang kesilapan, maklumkan segera kepada pegawai JPN untuk tindakan pembetulan.

    MAKLUMAT LANJUT

    MyKid adalah dokumen penting yang memudahkan pelbagai urusan rasmi bagi kanak-kanak di Malaysia. Proses permohonan MyKid adalah mudah dan boleh dilakukan di mana-mana pejabat JPN. Selain itu, semakan status permohonan boleh dilakukan melalui laman web, SMS, panggilan telefon atau kunjungan ke pejabat JPN. Setelah MyKid siap, proses serahan juga mudah dan jelas.

    MyKid akan membantu urusan pendaftaran sekolah, perubatan, dan pelbagai keperluan lain menjadi lebih mudah dan cepat. Oleh itu, pastikan anda membuat permohonan MyKid seawal mungkin dan menyimpan kad tersebut dengan baik.

    Dengan memahami cara memohon, menyemak status, dan mengambil MyKid, anda dapat memastikan bahawa segala urusan berkaitan anak-anak anda berjalan dengan lancar dan efisien. Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan Semakan MyKid JPN : Status Permohonan dan Serahan, sila rujuk:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    SOALAN UPKK 2024

    SOALAN UPKK 2024 : CONTOH & JAWAPAN (PDF)

    CARA MEMOHON SUBSIDI MINYAK DIESEL

    CARA MEMOHON SUBSIDI MINYAK DIESEL 2024 : BUDI MADANI