SEMAKAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU EGTUKAR
[KRITERIA YANG DIPERLUKAN BAGI KELAYAKAN PERTUKARAN GURU]
- Kekosongan Jawatan
- kepentingan perkhidmatan
- keperluan opsyen di negeri yang dimohon
- kepentingan perkhidmatan
- keperluan opsyen di negeri yang dimohon
Guru Cemerlang
Guru Tingkatan 6
Guru Penolong Gred DG29,
DG32 (KUP Time-based),
DG34 (KUP Time-based),
DG38 (KUP Time-based),
DG41,
DG42,
DG44 (KUP Time-based),
DG48 (KUP Time-based),
DG52 (KUP Time-based),
DG54 (KUP Time-based)
BACA JUGA: CARA MOHON BANTUAN WARGA EMAS RM500 SEBULAN
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
SEMAKAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU EGTUKAR
[LANGKAH 1: PENDAFTARAN DI PORTAL EGTUKAR]
Sila ke laman web rasmi eGTukar = https://epgo.moe.gov.my/
Pengguna atau para guru perlu masukkan butiran-butiran tersebut:
- Nama
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor Gaji
- Emel
NOTA: Pastikan anda mengisi ruangan tersebut dengan tepat dan betul, Setelah itu, sila semak butiran yang anda telah nyatakan supaya tiada sebarang kesilapan maklumat
Kemudian, anda akan diminta untuk mencipta soalan keselamatan dan jawapannya, sebagai faktor keselamatan akaun anda. Di bahagian ini, (soalan keselamatan dan jawapan) anda akan digunakan semasa log masuk akaun eGTukar. Jadi anda perlu mengingati soalan keselamatan dan jawapannya. Tambahan pula, medan ini akan digunakan sekiranya anda lupa kata laluan
[LANGKAH 2 :TERIMA BUTIRAN PENDAFTARAN]
Setelah anda mengisi maklumat anda di bahagian pendaftaran, anda perlu tekan butang Simpan untuk menyimpan pendaftaran anda di portal eGTukar.
Kemudian, anda akan menerima emel daripada eGTukar untuk membuat pengaktifan akaun eGTukar anda. Sila buka emel anda berdasarkan emel yang anda guna untuk pendaftaran dan anda juga boleh terus Log Masuk ke akaun eGTukar melalui emel tersebut.
[LANGKAH 3 :LOG MASUK]
Sila pergi ke laman web rasmi eGTukar = https://epgo.moe.gov.my/
Log masuk ke akaun eGTukar anda dengan memasukkan ID Pengguna, Kata Laluan dan Nombor Kad Pengenalan.
Sekiranya maklumat yang dimasukkan adalah salah, anda akan lihat paparan Maklumat Laluan Masuk Salah.
Anda kemudiannya akan disoal dengan soalan keselamatan yang anda cipta ketika pendaftaran dan jawab dengan jawapan anda yang betul dan tepat.
[LANGKAH 4 :MEMBUAT PERMOHONAN PERTUKARAN]
Bagi membuat proses permohonan, anda hanya boleh membuat permohonan mengikut waktu yang telah dijadualkan. Waktu tersebut boleh disemak dibahagian peringatan halaman utama
NOTA: semua maklumat pemohon perlu dikemaskini melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Modul Pengurusan Guru eOperasi terlebih dahulu sebelum anda boleh membuat permohonan pertukaran.
[LUPA KATA LALUAN EGTUKAR]
Pengguna boleh mendapatkan semula kata laluan tersebut dengan memilih pautan Lupa Kata Laluan yang berada di laman utama e-GTukar.
Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan. Tekan butang Hantar
Kemudian, anda akan menerima emel daripada eGTukar untuk membuat penukaran kata laluan eGTukar. Sila buka emel anda berdasarkan emel yang anda guna untuk pendaftaran dan kata laluan pengguna akan dihantar melalui emel yang berhubung dengan nombor kad pengenalan anda.