in , ,

SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM 2024

SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM

SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa semakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023.

Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan peperiksaan peringkat kebangsaan antara yang utama dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Keputusan SPM ditadbir secara berpusat dengan penerapan elemen-elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah dan diambil di akhir Pendidikan Sekolah Menengah.

Sijil Pelajaran Malaysia mempunyai kelebihannya tersendiri iaitu SPM digunakan sebagai syarat utama bagi tujuan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) atau Institut Pengajian Tinggi (IPT) berdasarkan keputusan pencapaian kombinasi mata pelajaran dalam SPM yang sesuai dengan program dan bidang pengajian yang menjadi pilihan calon.

BACA JUGA DISINI : PERMOHONAN BIASISWA MARA

TARIKH KEPUTUSAN SPM 2024

Tarikh27 Mei 2024
HariIsnin
MasaBermula Pukul 10 Pagi sehingga 6 Petang

Keputusan rasmi SPM 2023 dikeluarkan sepertimana yang dinyatakan adalah tepat berdasarkan pengumuman oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 kepada calon dilaksanakan
secara cekap dan teratur. Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat
semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut.

CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM SECARA ONLINE

Calon boleh menyemak keputusan spm secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM tahun 2023 mulai pukul 10.00 pagi sehingga pukul 6.00 petang pada 02 Jun 2024.

CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM MELALUI SMS

Calon boleh menyemak keputusan spm secara sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga pukul 6.00 petang pada 02 Jun 2024.

KPM mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPM tahun 2023.Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dan menyumbang khidmat bakti kepada negara pada masa hadapan.

Maklumat lanjut tentang tarikh dan cara semakan boleh rujuk juga disini :

CARA SEMAK SEMULA SPM 2024

Menurut Kementerian Pendidikan melalui Akaun Facebook Rasmi telah pun mengumumkan pelbagai kaedah untuk membuat semakan semula keputusan SPM.

Pelajar dan ibubapa boleh memilih cara yang mudah and sesuai mengikut kesenangan masing masing seperti berikut:

Permohonan Semak Semula Keputusan Spm Online

  1. https://elp.moe.gov.my/Layari Portal e-Lembaga Peperiksaan
  2. Tempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan
  3. Caj RM100.00 dikenakan bagi setiap mata pelajaran
  4. Sila isikan borang permohonan secara online.

CARA SEMAK SEMULA KEPUTUSAN T SPM

Calon yang mendapat keputusan ‘T’ boleh membuat permohonan penyemakan keputusan Kes ‘T’.

  1. Layari Portal e-Lembaga Peperiksaan
  2. Tempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan
  3. Tiada caj dikenakan.
  4. Sila isikan borang permohonan secara online.

Permohonan Semak Semula Keputusan Spm manual

Permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020). B
orang ini boleh didapati disekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan.

BERAPA BAYARAN UNTUK SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM

Kadar bayaran yang akan dikenakan untuk pemprosesan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap satu mata pelajaran.

CARA BAYAR SEMAK SEMULA SPM

Kaedah bayaran untuk tujuan pemprosesan Semakan Semula adalah seperti berikut:

Bagi Permohonan Melalui Pos

  • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
  • Cek persendirian tidak diterima sama sekali.

Sekiranya Permohonan dilakukan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan

  • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
  • Pembayaran menggunakan wang tunai juga akan diterima.
  • Cek persendirian tidak akan diterima sama sekali.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM

  1. Borang Permohonan yang telah lengkap diisi oleh pelajar ataupun ibubapa, ia perlu disertakan dengan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM 2021 dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
  2. Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dansijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan, Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan dengan setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat.
  3. Tulis perkataan “SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:
    • Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 8, Blok E11, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA, (u.p.: Unit Menengah Atas)

RESULT SEMAKAN SEMULA SPM

Keputusan permohonan semak semula keputusan SPM akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Sekiranya pelajar and ibubapa ada sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Menengah Atas melalui talian 03-8884 3175/3357/3356 atau Unit Khidmat Bantu melalui talian 03-8884 3785 atau melalui e-mel [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMAKAN PERMOHONAN PRASEKOLAH 2025

SEMAKAN PERMOHONAN PRASEKOLAH 2025 : SEMAK ONLINE

SEMAKAN MATRIKULASI

MATRIKULASI SEMAKAN 2024 : SEMAK SEKARANG SECARA ONLINE