in ,

SEMAKAN SERTA PERMOHONAN TELEFON PINTAR PERCUMA B40 (CARA TUNTUT TELEFON PERCUMA)

SEMAKAN SERTA PERMOHONAN TELEFON PINTAR PERCUMA B40 (CARA TUNTUT TELEFON PERCUMA)

BANTUAN JARINGAN PRIHATIN KERAJAAN

Ramai yang terkesan sejak berlakunya penularan wabak covid-19.Bagi membantu rakyat dalam keadaan berjuang melawan wabak pandemik dan berada dalam keadaan PKP, kerajaan telah mengumumkan inisiatif Jaringan Prihatin di bawah Belanjawan 2021 iaitu sebanyak 8.4 Juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021. Bantuan ini ditawarkan dalam bentuk perkhidmatan data internet serta pembelian peranti mudah alih. Pendaftaran boleh dilakukan oleh Penerima BPR untuk menerima bantuan Jaringan Prihatin melalui 12 syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan ini kepada golongan b40 yang layak.

Pihak YES telah bekerjasama dengan Shopee di dalam program Jaringan Prihatin ini dimana tawaran telefon pintar dan data percuma diberikan kepada golongan kumpulan B40. Penerima sekaligus akan mendapat akses percuma untuk pelbagai kandungan pendidikan Learn From Home daripada Yayasan YTL selama setahun tanpa sebarang bayaran.

Golongan B40 boleh melakukan penebusan telefon pintar dan data percuma YES dan anda boleh mengikuti perkongsian dari kami mengenai program YES Prihatin ini seperti di bawah.

BACA JUGA DISINI : SHOPEE 10 CASHBACK PROGRAM (CARA BUAT CASHBACK SHOPEE)

Belajar Dari Rumah – Keluarga

  • Satu telefon pintar percuma
  • Data sebanyak 30GB yang diberikan secara percuma setiap bulan
  • Baucar bernilai RM50 dari Shopee
  • Akses percuma Aplikasi Pendidikan
  • Tempoh selama 12 Bulan (1 Tahun)

Belajar Dari Rumah – Individu

  • Satu telefon pintar percuma untuk seorang (individu)
  • Data sebanyak 15GB yang diberikan secara percuma setiap bulan
  • Baucar bernilai RM50 dari Shopee
  • Akses percuma Aplikasi Pendidikan
  • Tempoh selama 12 Bulan (1 Tahun)

TERMA DAN SYARAT KELAYAKAN
Penebusan untuk program ini hanya layak untuk :

  • Golongan B40 sahaja
  • Isi rumah pemohon yang layak mestilah mempunyai pendapatan kurang dari RM4,850

Pihak YES akan membuat semakan lanjut dan terperinci sekiranya permohonan telah diterima. Sebab utama adalah untuk memastikan individu yang menerima kemudahan ini memang dari golongan B40 yang layak.

CARA UNTUK MENDAFTAR YES PRIHATIN

Anda boleh membuat tuntutan sekiranya tergolong dalam kategori B40 dengan mengikuti langkah-langkah seperti di bawah:

1. Sila layari laman Shopee Prihatin: https://shopee.com.my/m/yes-jaringan-prihatin

2. Klik butang “TUNTUT SEKARANG”

3. Kemudian isi butiran penuh anda di halaman Jaringan Prihatin YES dan hantarkan permohonan setelah pengisian butiran siap.

4. Sila tunggu status permohonan anda. Anda akan menerima satu telefon pintar dan data percuma dari pihak YES sekiranya anda berjaya.

*Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda menuntut atau menebus Yes Prihatin dengan menggunakan applikasi shopee, anda layak menerima Baucar percuma daripada Shopee sebanyak RM50.

SEMAKAN SERTA PERMOHONAN TELEFON PINTAR PERCUMA B40

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PERMOHONAN NIKAH ONLINE

PERMOHONAN NIKAH ONLINE (BORANG NIKAH ONLINE SETIAP NEGERI)