in , ,

SEMAKAN UPU ONLINE 2024 : PERMOHONAN DAN TARIKH PENTING

SEMAKAN UPU ONLINE

SEMAKAN UPU ONLINE 2024 : PERMOHONAN DAN TARIKH PENTING

Semua calon yang berkelayakan adalah dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi. Terdapat sebanyak 504 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,114 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan STPM/Setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA seluruh negara.

Calon boleh membuat pembelian Nombor PIN UPUOnline® melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 28 Februari 2024 sebelum mengemukakan permohonan. Kaedah Bayaran Proses UPUOnline® di BSN melalui 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN.

BSN akan mengeluarkan Nombor Pin UPUOnline® berserta salinan resit pembayaran. Calon juga dinasihati untuk pastikan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian disimpan untuk rujukan. Bagi calon yang telah membuat pembelian nombor PIN pada Fasa 1 juga boleh mengemaskini permohonan ketika Fasa 2 ini.

BACA JUGA DISINI : SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2024

JOM MASUK U 2024

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menganjurkan Program Jom Masuk U 2024 (JMU2024) bermula 4 Mei 2024 hingga 9 Jun 2024 di sepuluh
(10) zon seluruh negara.

SEMAKAN KEPUTUSAN UPUONLINE 2024

Sila rujuk tarikh-tarikh penting di bawah untuk mengetahui tempoh semakan upu online 2024:

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU 2024

CALON LEPASAN SPM 2024

Menurut Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), tarikh hebahan keputusan bagi pemohon lepasan SPM akan bermula pada MINGGU PERTAMA JULAI 2024.

Tempoh setuju terima adalah selama 9 hari dan surat tawaran akan dikeluarkan 1 hari selepas hebahan rasmi

Tempoh rayuan akan diberikan selama 10 hari.

Manakala pendaftaran pelajar baharu akan bermula pada tarikh berikut:

  • Pendaftaran pelajar baharu : Minggu ke-4 Julai 2024
  • Pendaftaran Pelajar Baharu (Rayuan) : Minggu ke-3 Ogos 2024

CALON LEPASAN STPM 2024

Menurut Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), tarikh hebahan keputusan bagi pemohon lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM / Diploma / Setaraf akan bermula pada MINGGU KEDUA SEPTEMBER 2024.

Bagi pelajar yang memilih kursus yang mempunyai temuduga atau ujian, proses ini akan bermula sepanjang bulan Mei hingga Ogos 2024.

Tempoh setuju terima adalah selama 9 hari dan surat tawaran akan dikeluarkan 1 hari selepas hebahan rasmi.

Tempoh rayuan akan diberikan selama 10 hari.

Manakala pendaftaran pelajar baharu akan bermula pada tarikh berikut:

  • Pendaftaran pelajar baharu : Minggu ke-4 September 2024
  • Pendaftaran Pelajar Baharu (Rayuan) : Minggu ke-2 Oktober 2024

SEMAK MELALUI APLIKASI UPUPOCKET BOLEH DIMUAT TURUN DI GOOGLE PLAY, APPSTORE & APPGALLERY

CARA BUAT SEMAKAN UPU ONLINE 2024

  1. Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di bawah.
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  3. Log masuk seperti biasa.
  4. Semak keputusan rayuan yang tertera.
  5. Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran pada tarikh yang ditetapkan.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN UPUONLINE 2024

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

FACEBOOK: Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU
TALIAN HOTLINE : 03 8684 2363
ALAMAT EMEL : [email protected]

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® tersebut boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:-

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62200 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: [email protected]
Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram: @KEMASUKANBPKA
TikTok: BKPAUPU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMAKAN MYKASIH 2024

SEMAKAN MYKASIH 2024 : SEMAK SEKARANG

BORANG PERMOHONAN MYKASIH

BORANG PERMOHONAN MYKASIH 2024/2025 : MUAT TURUN SEKARANG