in

SENARAI DOKUMEN UNTUK DAFTAR KELAHIRAN (PANDUAN MENGISI BORANG DAFTAR KELAHIRAN)

SENARAI DOKUMEN UNTUK DAFTAR KELAHIRAN

SENARAI DOKUMEN UNTUK DAFTAR KELAHIRAN (PANDUAN MENGISI BORANG DAFTAR KELAHIRAN)

Untuk kelahiran yang memasuki fasa lewat ketika pendaftaran iaitu selepas 60 hari kelahiran bagi Semenanjung dan 42 hari bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, serta berlaku antara 18 Januari 2020 sehingga 90 hari selepas Perintah Kawalan Pergerakan dan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 tamat, pemaklum tidak perlu mengisi borang daftar lewat kelahiran, tetapi hanya perlu mengisi borang daftar kelahiran biasa dan disertakan dengan 2 Akuan Berkanun (Borang Am 80 – klik untuk muat turun) dan dokumen-dokumen lain yang diperlukan untuk pendaftaran kelahiran biasa. Akuan Berkanun ini perlu menyatakan sebab “pelaporan kelahiran adalah dalam tempoh PKP atau PPN”.

Akaun Berkanun ini perlu ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah oleh dua individu (ibu/bapa/ahli keluarga/individu yang mengetahui tentang kelahiran tersebut). Akuan Berkanun yang telah lengkap hanya perlu dibawa oleh salah seorang yang menandatangani Akuan tersebut ke pejabat JPN untuk mendaftarkan kelahiran.

Pendaftaran kelahiran yang memasuki fasa lewat dalam tempoh PKP atau PPN (Fasa 1 dan Fasa 2) diberi pengecualian fi sebanyak RM50 (Semenanjung Malaysia) dan RM10 (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan). Pengecualian ini hanya terpakai bagi kelahiran yang berlaku antara 18 Januari 2020 sehingga 90 hari selepas PKP dan PPN Fasa 2 tamat.

BACA JUGA: CARA DAFTAR DAN MENGGUNAKAN BANK ISLAM ONLINE BANKING

SENARAI DOKUMEN UNTUK DAFTAR KELAHIRAN

DI BAHAGIAN SEMENANJUNG

[DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)]

  1. Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 = (https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kelahiran/semenanjung/pendaftaran-biasa-sm) yang telah diisi dengan lengkap (asal);
  2. Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
  3. Laporan Polis bagi kelahiran di rumah (asal);
  4. Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan);
  5. Surat akuan AM80 sekiranya tiada buku rawatan mengandung atau kad rawatan mengandung.

[DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)]

  1. Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan);
  2. Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan- jika berkaitan);
  3. Dokumen Perkahwinan atau Perceraian ibubapa kanak-kanak (asal dan salinan)

[DOKUMEN PEMAKLUM (ASAL DAN SALINAN)]

  1. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum [jika pemaklum bukan ibu atau bapa kanak-kanak] (asal dan salinan)

DI BAHAGIAN SABAH

[DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)]

  1. Borang A dan Borang N1 (cabutan) = (https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kelahiran/sabah/pendaftaran-kelahiran-biasa-sb) diisi dengan lengkap;
  2. Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Akuan Bidan/Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
  3. Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) (asal dan salinan); dan
  4. Kad Kesihatan & Imunisasi Kanak-Kanak, (asal dan salinan).

[DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)]

  1. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport bagi ibu dan bapa kanak-kanak
    serta individu yang melaporkan kelahiran (asal dan salinan);
  2. Sjil Perkahwinan atau Perceraian atau Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak
    (asal dan salinan).

[DOKUMEN PEMAKLUM (ASAL DAN SALINAN)]

  1. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (asal dan salinan)

DI BAHAGIAN SARAWAK

[DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)]

  1. Borang I dan Borang X (cabutan) = (https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kelahiran/sarawak/pendaftaran-biasa-sr) diisi dengan lengkap;
  2. Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Akuan Bidan/Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
  3. Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) (asal dan salinan)

[DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)]

  1. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport bagi ibu dan bapa serta individu yang melaporkan kelahiran (asal dan salinan);
  2. Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian (asal dan salinan).
  3. Sijil Kematian ibu bapa (asal dan salinan) (jika berkenaan)

DOKUMEN PEMAKLUM (ASAL DAN SALINAN)

  1. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (asal dan salinan)

RUJUKAN

Sebarang pertanyaan sila layari laman web rasmi JPN = (https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-kakitangan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA DAFTAR DAN MENGGUNAKAN BANK ISLAM ONLINE BANKING

CARA DAFTAR DAN MENGGUNAKAN BANK ISLAM ONLINE BANKING

TEMAN ISTERI BERSALIN HOSPITAL KERAJAAN 2021

TEMAN ISTERI BERSALIN HOSPITAL KERAJAAN 2021(BAGI SUAMI YANG TELAH LENGKAP 2 DOS VAKSIN)