in ,

SENARAI PELEPASAN CUKAI EFILLING 2022

SENARAI PELEPASAN CUKAI EFILLING 2022

SENARAI PELEPASAN CUKAI EFILLING 2022

Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

BACA JUGA: CARA REGISTER MYDAFTAR OKU :MOHON KAD ORANG KURANG UPAYA 2022

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

SENARAI PELEPASAN CUKAI EFILLING 2022

Bil.Jenis Potongan IndividuAmaun (RM)
1.Individu dan saudara tanggungan9,000
2.Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)
ATAU Ibu dan Bapa
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa
5,000 (Terhad)
ATAU
3,000 (Terhad)
3.Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya)6,000 (Terhad)
4.Individu kurang upaya6,000
5.Yuran pengajian (Sendiri) :
1. Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
2. Peringkat sarjana dan doktor falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian
7,000 (Terhad)

6.Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak)6,000 (Terhad)

7.Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami / isteri)6,000 (Terhad)

8.Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak). (Terhad 500)6,000 (Terhad)

9.Gaya hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:

1. Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);
2. Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);
3. Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta
Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; dan
4. Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
2,500
(Terhad)
10.Gaya hidup – Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan2,500
(Terhad)
11.Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran)1,000 (Terhad)

12.Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar
3,000 (Terhad)
13.Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)8,000 (Terhad)
14.Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri4,000 (Terhad)
15.Suami / Isteri kurang upaya3,500
16.Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun2,000
17.Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)2,000
18.Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

1. mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institusi pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau
2. berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
3. kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
8,000
19.Anak Kurang upaya6,000
20.Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. 8,000

21.Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji

1. Kategori penjawat awam berpencen – Premium insurans nyawa
2. Kategori SELAIN penjawat awam berpencen – Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000)
– Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)

7,000 (Terhad)

22.Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity)3,000 (Terhad)
23.Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji3,000 (Terhad)
24.Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)250 (Terhad)
25.Perbelanjaan bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong1,000 (Terhad)

[MAKLUMAT LANJUT]

Sila layari laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia = https://www.hasil.gov.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA REGISTER MYDAFTAR OKU :MOHON KAD ORANG KURANG UPAYA 2022

CARA REGISTER MYDAFTAR OKU :MOHON KAD ORANG KURANG UPAYA 2022

CARA MOHON BANTUAN WARGA EMAS RM500 SEBULAN

CARA MOHON BANTUAN WARGA EMAS RM500 SEBULAN