in ,

Skim Bantuan Peniaga Kecil: Go Digital Pembiayaan Sehingga RM5000 Hijrah Selangor

Skim Bantuan Peniaga Kecil

Skim Bantuan Peniaga Kecil: Go Digital Pembiayaan Sehingga RM5000 Hijrah Selangor

TAWARAN PINJAMAN SKIM GO DIGITAL SEHINGGA RM5,000

Mutakhir ini akibat daripada wabak yang menyerang negara kita menyebabkan aktiviti peniaga-peniaga kecil mahupun sederhana lumpuh dan ramai yang telahpun gulung tikar akibat daripada ketidakmampuan untuk membayar sewa kedai.

Justeru itu,inisiatif daripada Hijrah Selangor memperkenalkan Skim Bantuan Peniaga Kecil Go Digital Pembiayaan Sehingga RM5000.

Oleh hal demikian peniaga-peniaga harus menukar corak perniagaan mereka dengan memasarkan perniagaan merekadengan menggunakan platform digital.

Mungkin ada segelintir peniaga yang masih tidak memandang serius dengan hal ini kerana kebanyakannya mempunyai pemikiran bahawa pemasaran di atas talian tidak menguntungkan.
Hijrah Selangor menawarkan pinjaman perniagaan melalui Skim Go Digital bagi membantu para peniaga untuk memaksimumkan hasil jualan melalui platform digital.

Skim Bantuan Peniaga Kecil

PENGENALAN SKIM GO DIGITAL

Skim Bantuan Peniaga Kecil

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON SKIM GO DIGITAL :

  1. PINJAMAN DARI RM1,000-RM5,000
  2. MEMPUNYAI LOKASI PREMIS YANG TETAP.
  3. MEMPUNYAI SSM.
  4. RAKYAT SELANGOR @ BERMASTAUTIN LEBIH DARI 5 TAHUN.
  5. DOKUMEN PERMOHONAN:-
  6. GAMBAR BERUKURAN PASSPORT PEMOHON (2 KEPING)
  7. SALINAN IC PEMOHON
  8. SALINAN LESEN SSM
  9. PENGESAHAN AKAUN BANK

Skim Bantuan Peniaga Kecil

CARA UNTUK MEMOHON:

Semak kelayakan anda di talian 03-5519 1692 atau mengisi Borang Permohonan Online di pautan berikut: https://forms.gle/r2ryDetuBt6Thf6V6

PENGENALAN DAN ARAH TUJU HIJRAH SELANGOR

Program Mikro Kredit Bersepadu atau dikenali sebagai SKIM HIJRAH SELANGOR merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk melebarkan golongan kelas menengah di negeri Selangor melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil.Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM139 juta bagi HIJRAH SELANGOR memberikan pinjaman mikro kredit kepada usahawan kecil negeri Selangor bagi perlaksanaan program membantu usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka serta menambah modal.

Yayasan Hijrah Selangor, ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor.
Falsafah Program HIJRAH SELANGOR berteraskan konsep ”Pinjaman Asas Simpanan”. Maksudnya, pinjaman yang diberikan digunakan sebagai modal tambahan dalam urusan perniagaan. Sebagai usahawan yang berdaya maju, adalah diharapkan dapat menghasilkan pulangan yang lebih tinggi. Lebihan pulangan ini, akan ditabungkan dalam Tabung HIJRAH SELANGOR, untuk manfaat penjaja dan peniaga kecil secara individu mahupun kelompok. Dan, pihak pengurusan program bertindak meneroka peluang-peluang perniagaan susulan bagi kepentingan dan manfaat usahawan-usahawan HIJRAH SELANGOR melalui penubuhan Koperasi HIJRAH SELANGOR.

MAKLUMAT LANJUT BOLEH LAYARI : http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32

Lain-lain bantuan boleh baca di sini:

GKP 4.0 Bantuan RM1000

i-Citra KWSP Tarikh Bayaran (Jadual Pembayaran Mulai Ogos)

2 Comments

Leave a Reply

    2 Pings & Trackbacks

    1. Pingback:

    2. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    PERMOHONAN RUMAH PPRT ONLINE

    Permohonan Rumah PPRT Online