in ,

SOALAN UPKK 2024 : CONTOH & JAWAPAN (PDF)

SOALAN UPKK 2024

SOALAN UPKK 2024 : CONTOH & JAWAPAN (PDF)

APA ITU UPKK

Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

Terdapat 8 Subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu

  1. Amali Solat
  2. Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
  3. Tilawah Al-Quran
  4. Pelajaran Jawi dan Khat
  5. Sirah
  6. Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah)
  7. Adab (Akhlak Islamiah)
  8. Lughah Al-Quran

Jadual waktu peperiksaan UPKK terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Ujian Amali, Lisan dan Bertulis. Mengikut tarikh tahun lepas, bagi kertas soalan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) dan Amali Solat .

SYARAT KELAYAKAN UPKK

  • Belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.
  • Mengikut Kurikulum KAFA.
  • Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).
  • Berdaftar untuk menduduki UPKK.

MATA PELAJARAN YANG DINILAI UPKK

Bidang pengajian yang dinilai dalan UPKK adalah:

  1. Al-Quran
  2. Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat)
  3. Sirah
  4. Asas Lughatul Quran
  5. Amali Solat
  6. Adab (Akhlak Islamiyah)
  7. Penghayatan Cara Hidup Islam
  8. Jawi dan Khat

Kaedah serta bentuk untuk dinilai melalui Peperiksaan UPKK adalah:

  • Secara Lisan – Al-Quran
  • Bentuk Amali – Amali Solat
  • Bentuk Lisan & Pemerhatian – Penghayatan Cara Hidup Islam
  • Penulisan Bertulis
  1. Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )
  2. Sirah
  3. Adab (Akhlak Islamiyah)
  4. Jawi dan Khat
  5. Asas Lughatul Quran

KELEBIHAN MENGAMBIL PEPERIKSAAN UPKK

UPKK masih relevan dan terbukti menerusi pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.

Peperiksaan itu malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.

Tidak ketinggalan keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan.

PEMARKAHAN GRED UPKK

Pencapaian gred markah untuk UPKK adalah berdasarkan kepada skala markah berikut :-

  • A (Tahap Cemerlang) 80-100%
  • B (Tahap Baik) 60-79%
  • C (Tahap Memuaskan) 40-59%
  • D (Tahap Kurang Memuaskan) 01-39%

* Tertakluk kepada sebarang perubahan

BACA JUGA DISINI :

KWSP WITHDRAWAL : 17 JENIS PENGELUARAN AKAUN 1 DAN AKAUN 2

KOLEKSI SOALAN UPKK 2024

Soalan UPKK 2024 yang admin kongsikan terdapat 5 subjek ujian bertulis iaitu Ulum Syariah, Sirah, Jawi Dan Khat, Lughatul Quran (Bahasa Arab) Dan Adab. Setiap kertas terbahagi kepada 2 bahagian 60 soalan kecuali bahasa arab 65 soalan. peruntukan masa yang ditetapkan mengikut subjek paling lama dua jam iaitu bahasa arab, bahkan paling pendek peruntukan masa kertas adab dan akhlak islamiah satu jam tetapi dua kertas yang berasingan. Ketas soalan yang lain diperuntukkan masing-masing selama 1 jam 30 mint.

CONTOH SOALAN UPKK 2024

  1. SUBJEK ULUM SYARIAH : CONTOH SOALAN ULUM SYARIAH KLIK DISINI
  2. SUBJEK SIRAH : CONTOH SOALAN SIRAH KLIK DISINI
  3. SUBJEK JAWI DAN KHAT : CONTOH SOALAN JAWI DAN KHAT KLIK DISINI
  4. SUBJEK LUGHATUL QURAN (BAHASA ARAB) : CONTOH SOALAN LUGHATUL QURAN KLIK DISINI
  5. SUBJEK ADAB DAN AKHLAK : CONTOH SOALAN ADAB DAN AKHLAK KLIK DISINI

Penting untuk calon UPKK mematuhi semua syarat-syarat ini untuk memastikan bahawa mereka memenuhi kelayakan untuk mengambil ujian UPKK dan mendapatkan keputusan yang sah. Selamat menduduki UPKK kepada semua calon di seluruh Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMAKAN MYKID

SEMAKAN MYKID : CHECK SECARA ONLINE