SPiER PDRM 2022 :SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN
Sistem Pemprofilan Rekreuitmen (SPiER) merupakan sistem yang menggunakan ujian psikologi sebagai kaedah saringan awal dalam proses pemilihan dan sebelum membuat pengambilan pegawai baharu.
Aspek yang diketengahkan ialah elemen psikologi dan praktikal minda keselamatan berdasarkan norma dan keperluan jabatan atau agensi dalam Kementerian Dalam Negeri KDN.
Pemaju SPiER terdiri daripada Pegawai Psikologi Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Perkhidmatan Penjara Malaysia (JPM), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan pegawai beruniform dari jabatan atau agensi berkaitan.
SPiER adalah Sistem Pemprofilan Rekreuitmen untuk agensi/jabatan di bawah pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN / MOHA) yang juga telah dinyatakan sebelum ini serta Kementerian Dalam Negeri KDN yang bertanggungjawab mengendalikan sistem SPiER ini.
Sistem Pemprofilan Rekreuitmen SPiER dijalankan adalah untuk mengenal pasti calon pengambilan yang dapat memenuhi kriteria iaitu dari segi personaliti, integriti, kesihatan mental, kompetensi dan patriotisme.
SPIER juga merupakan tiga sistem ujian psikometrik secara berkomputer yang lebih berfokus kepada penilaian minat kerjaya, penilaian personaliti, dan penilaian nilai pekerjaan.
BACA JUGA: HARGA ROADTAX 2022 :SEMENANJUNG DAN SABAH SARAWAK
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN SPIER PDRM 2022
Ujian Integriti SPIER – PDRM bagi jawatan:
- INSPEKTOR POLIS GRED YA13 (LELAKI/ WANITA),
- KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI) DAN;
*Semua calon semenanjung yang telah melepasi pemeriksaan ujian fizikal pada tahun 2021 sahaja yang dikehendaki membuat semakan panggilan ujian SPiER – PDRM bermula pada tarikh*
- 7 Februari hingga 28 Februari 2022
*Semakan status ujian SPiER – PDRM LULUS atau GAGAL boleh disemak di:
- Sistem E-Pengambilan PDRM = https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/
NOTA: Hanya calon semenanjung yang LULUS ujian SPiER – PDRM sahaja akan mendapat surat panggilan temuduga lisan melalui Sistem E-Pengambilan PDRM
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut sila ke laman web rasmi Sistem E-Pengambilan PDRM = https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/
ATAU
dial HELP DESK 03-22668348/ 8350/ 8351
ATAU
anda boleh ke laman INSTAGRAM DAN FACEBOOK UNIT PENGAMBILAN PDRM yang rasmi bagi sebarang pertanyaan.