in , ,

SUBSIDI DIESEL BUDI MADANI 2024 : MOHON SEKARANG

SUBSIDI DIESEL BUDI MADANI

SUBSIDI DIESEL BUDI MADANI 2024 : MOHON SEKARANG

Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

​Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

APA ITU BUDI MADANI?

  • Subsidi diesel madana merupakan program bantuan subsidi untuk pemilik kenderaan diesel persendirian individu, petani kecil, dan pekebun kecil komoditi. Berapa jumlah bantuan yang diberikan?
  • Penerima layak akan menerima bantuan sebanyak RM200 sebulan. Bagaimana cara untuk memohon subsidi diesel madani?
  • Pemilik kenderaan diesel persendirian boleh memohon di bawah kategori BUDI Individu, sementara petani kecil dan pekebun kecil boleh memohon di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi. Bagaimana proses penyaluran bantuan?
  • Bagi permohonan sebelum 3 Jun, penerima akan menerima bantuan pertama menjelang pertengahan bulan depan dan seterusnya secara bulanan. Bagi permohonan selepas tarikh tersebut, pertolongan pertama akan diberikan dalam dua minggu dan seterusnya secara bulanan.

BACA JUGA DISINI : TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2024: SEMAK ONLINE

SYARAT LAYAK MOHON BUDI MADANI

Kelayakan akan disemak berdasarkan kriteria yang termaktub seperti warganegara Malaysia, memiliki kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan JPJ.

Syarat kelayakan untuk memohon BUDI Individu adalah seperti berikut:

  • Pemohon
    • Warganegara Malaysia;
    • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah berdasarkan data LHDN; dan
    • Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI
  • Kriteria Pemilikan Kenderaan
    • Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
    • Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) aktif;
    • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
    • Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
  • Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu
    • Motosikal diesel
    • Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan; Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
    • Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing; atau
    • Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.

CARA MOHON SUBSIDI DIESEL BUDI MADANI

Permohonan BUDI boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI Individu di dengan kaedah berikut:

  1. Mendaftar akaun pengguna
  2. Klik pada Mohon Di Sini bagi BUDI Individu
  3. Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:
  4. No. Mykad
  5. No. Telefon Bimbit Nama Bank
  6. No. Akaun Bank
  7. Alamat e-mel
  8. Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:
  9. Nombor Pendaftaran Kenderaan
  10. Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan)
  11. Jenama / Model Kenderaan
  12. Kelas Kegunaan Kenderaan

BAGAIMANA CARA SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI DIESEL

Status kelayakan bagi bantuan BUDI Individu akan dimaklumkan selepas pemohon selesai membuat permohonan di portal rasmi BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my.

Sekiranya tidak diluluskan, dan pemohon memenuhi syarat kelayakan BUDI Individu, pemohon boleh mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan. Rayuan akan mulai dibuka pada awal Jun 2024.

Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.

JUMLAH BAYARAN SUBSIDI DIESEL 2024

Penerima yang layak akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau secara tunai di mana-mana Cawangan BSN sekiranya tiada akaun bank.

Maklumat lanjut berkenaan tarikh pembayaran boleh diperolehi dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.

TARIKH BAYARAN SUBSIDI DIESEL BUDI MADANI

Permohonan yang dibuat dan diluluskan sebelum 3 Jun 2024 akan menerima bayaran pertama menjelang pertengahan Jun 2024, dan bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan.

Manakala bagi permohonan yang diluluskan selepas 3 Jun 2024 akan menerima bayaran pertama dalam tempoh 2 minggu dan seterusnya secara bulanan.

MAKLUMAT LANJUT

Pertanyaan boleh dipanjangkan ke Pusat Panggilan Bantuan Khas Kerajaan (BKK) HASiL atau Talian BUDI MOF bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada Isnin hingga Jumaat di talian berikut:

  • Talian BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747
  • Talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
  • Alamat e-mel : [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BUDI MADANI

BUDI MADANI : PERMOHONAN BANTUAN SUBSIDI DIESEL

EGUMIS SEMAKAN

EGUMIS SEMAKAN:SEMAK WANG YANG TIDAK DITUNTUT 2024