SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023 : TARIKH BAYARAN / SEMAKAN STATUS / LOGIN / PERMOHONAN / DAFTAR /KEMASKINI STR (FASA 1 2023)
Program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Bernilai RM1.67 Bilion Akan di Salurkan Secara Berperingkat Mulai 17 Januari 2023 (Selasa).
Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas dengan memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Perdana Menteri, Dato’Seri Anwar Ibrahim mengumumkan STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.
Baca juga :
LOGIN STR 2023 : CARA LOGIN / LOG MASUK & SEMAK STATUS MySTR
TEBUS STR DI BSN : CARA TEBUS / PENUAIAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2023
APA ITU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)?
STR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.
Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2023
Perdana Menteri memaklumkan, STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan ini berbanding perancangan awal pada bulan Mac depan.
Menurut Perdana Menteri, ia bagi meringankan beban sara hidup rakyat.
TARIKH BAYARAN STR BAGI PENERIMA ADA AKAUN BANK
Pembayaran STR Fasa 1 akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).
TARIKH BAYARAN STR BAGI PENERIMA TIADA AKAUN BANK
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran tersebut pada tarikh sama.
Jelasnya, penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai esok.
Sila rujuk notis Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 oleh Bank Simpanan Nasional di bawah:
PORTAL RASMI
PERKARA | PAUTAN |
Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
JUMLAH KADAR BAYARAN STR FASA 1
KATEGORI PENERIMA | KADAR STR FASA 1 |
ISI RUMAH | RM300 |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM100 |
BUJANG | RM100 |
Pembayaran itu melibatkan empat juta kategori isi rumah yang menerima RM300; 1.2 juta warga emas tiada pasangan dan 3.5 juta golongan bujang yang masing-masing mendapat RM100.
SEMAKAN STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR FASA 1)
Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023.
PERKARA | PAUTAN |
Pautan/Link Semakan Status STR 2023 (Fasa 1) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
CARA SEMAK STATUS STR
SEMAKAN STR 2023 ONLINE
BANTUAN TUNAI RAHMAH SEMAKAN
- Klik Pautan Rasmi Semakan Status di atas. (STR semakan)
- Anda akan di bawa ke Portal Log Masuk.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad/ID Pengguna.
- Klik [Semak].
- Klik [YA] sekiranya Frasa Keselamatan betul.
- Masukkan Kata Laluan pemohon. (Guna Kata Laluan BKM sebelum ini)
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Klik [Semakan Status].
- Kemudian, lihat [Maklumat Pembayaran].
- Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut :
- Nombor Pengenalan Akaun dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank.
- Nombor Akaun Bank.
- Selesai.
STR 2023 LOGIN
Anda boleh STR login untuk Log Masuk Portal Rasmi di : https//bantuantunai.hasil.gov.my
LOG MASUK MYSTR
- Klik Pautan Rasmi Login di atas.
- Anda akan di bawa ke Portal Log Masuk.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad/ID Pengguna.
- Klik [Semak].
- Klik [YA] sekiranya Frasa Keselamatan betul.
- Masukkan Kata Laluan pemohon.
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Anda boleh meneruskan sebarang urusan di sini.
- Selesai.
STR 2023 KEMASKINI
Pemohon digalakkan untuk kemaskini maklumat yang terkini dan terbaru supaya data anda tidak tercicir. Hal ini kerana, perubahan kepada portal rasmi telah dibuat. Jadi, pemohon diminta untuk kemaskini butiran walaupun tiada sebarang penambahan pada maklumat diri.
- Sila tekan Log Masuk STR.
- Anda akan berada di Laman Log Masuk.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad/ID Pengguna.
- Tekan [Semak].
- Tekan [YA] sekiranya Frasa Keselamatan betul.
- Masukkan Kata Laluan pemohon.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama.
- Untuk kemaskini, sila tekan [Kemaskini Permohonan].
- Pemohon boleh kemaskini Maklumat dan tambah Maklumat sekiranya terdapat perubahan & penambahan.
- Sila muat naik (upload) Dokumen Sokongan yang diminta.
- Jika sudah selesai kemaskini Maklumat dan Muat Naik Dokumen, sila buat Pengesahan Maklumat yang di isi lengkap dan betul dan Sahkan CapCTHA.
- Hantar [Kemaskini Permohonan] anda.
- Sila Cetak dan Simpan untuk tujuan Rujukan jika terdapat sebarang perubahan.
- Selesai.
PERMOHONAN STR
Sama ada dibuka untuk permohonan baru ataupun hanya menggunakan data dari bantuan sebelum ini iaitu BKM.
Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.
STR 2023 DAFTAR
CARA DAFTAR STR 2023
- Klik Pautan Rasmi Login di atas.
- Klik MySTR dan pastikan no MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023
- Masukkan Maklumat Keselamatan
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
- Pendaftaran berjaya
Muat turun PDF :
SOALAN LAZIM (FAQ) SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023