in ,

TARIKH BAYARAN BPR FASA 3 (CHECK STATUS BERMULA 28 SEPTEMBER 2021)

TARIKH BAYARAN BPR FASA 3

TARIKH BAYARAN BPR FASA 3 (CHECK STATUS BERMULA 28 SEPTEMBER 2021)

Untuk makluman kepada semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan kepada rakyat Malaysia bahawasanya tarikh bayaran  bagi BPR Fasa 3 adalah mulai 28 September 2021.

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 28 September 2021 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 30 September 2021.

Untuk Fasa 3, setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1400, manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2300 termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima, mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak.

Penerima Fasa 3 ini adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban mereka.

Antara lain, beberapa bantuan tunai seperti Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) akan diberikan kepada penerima yang layak. Pembayaran bantua itu dijadual akan disalurkan pada Oktober hingga Disember 2021.

Baca Juga Disini : PERMOHONAN PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN 2021 PPRT

Rujukan : Kenyataan Media Perdana Menteri Malaysia.

CARA SEMAKAN KEMASUKAN BPR FASA 3

Panduan Lengkap Cara Semakan Kemasukan BPR Fasa 3.

  1. Sila layari laman web rasmi Semakan Kemasukan BPR Fasa 3 di pautan ini : https://bpr.hasil.gov.my/.
  2. Klik Log Masuk BPR.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No MyKad/ID Pengguna.
  4. Klik Semak.
  5. Adakah ini kata kunci keselamatan anda? Tekan “YA” jika kata kunci adalah betul.
  6. Masukkan Kata Laluan anda.
  7. Tekan Log Masuk.
  8. Anda akan dibawa ke Halaman Utama BPR.
  9. Klik Menu Semakan Status.
  10. Maklumat Status Permohonan dan Maklumat Pembayaran akan dipaparkan di sini.
  11. Jika anda LULUS sila semak akaun anda bermula 28 September 2021.
  12. Selesai.

CARA CHECK KEMASUKAN BAYARAN BPR FASA 3

Berikut adalah alternatif lain Cara Check Kemasukan Bayaran BPR Fasa 3.

  • Portal Rasmi Bantuan Prihatin Rakyat LHDNM : https://bpr.hasil.gov.my dengan memilih Log Masuk.
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
  • Hubungi MoF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
  • Hadir ke LHDNM yang berhampiran anda.

JUMLAH BAYARAN BPR FASA 3 KATEGORI KELUARGA

Berikut adalah senarai jumlah bayaran kategori Keluarga bagi Fasa 3.

  • RM500 utk Isi rumah <2500 (Kurang dari 1 anak)
  • RM1100 utk Isi rumah <2500 (2 anak ke atas)
  • RM200 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (Kurang dari 1 anak)
  • RM600 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (2 anak ke atas)
  • RM100 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (Kurang dari 1 anak)
  • RM200 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (2 anak ke atas)

JUMLAH BAYARAN BPR FASA 3 KATEGORI BUJANG

Untuk makluman kepada penerima BPR Kategori Bujang, Kategori Bujang tidak akan menerima bayaran Fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan amaun bayaran Bantuan Prihatin Rakyat berjumlah RM350 dalam Fasa 1 dan Fasa 2.

RUJUKAN

Jika anda mempunyai sebarang soalan dan pertanyaan berkaitan BPR Fasa 3 ini, anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat dan panduan berkaitan BPR untuk memudahkan urusan anda untuk semak status dan mendapatkan info tarikh bayaran serta maklumat yang terkini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda dan kenalan anda.

Talian Hotline BPR LHDNM : 1-800-88-2747

Talian Hotline BPR MOF : 03-8882 4565/03-8882 4566

Emel : [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PERMOHONAN PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN 2021 PPRT