TARIKH BAYARAN GKP 4.0 BULAN NOVEMBER 2021
GKP 4.0 atau dikenali sebagai Geran Khas Prihatin 4.0 adalah bantuan kewangan yang secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Demi kelangsungan PKS mikro dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19, Kerajaan telah pun menyalurkan RM1 bilion atau RM1,000 bagi setiap PKS mikro yang telah pun dikreditkan pada pertengahan Jun 2021 menerusi GKP 3.0 dan tambahan RM500 bagi setiap PKS mikro akan mula dibayar pada 12 Julai 2021 secara berperingkat.
BACA JUGA: CARA LANGGAN ASTRO FIRST
TARIKH BAYARAN GKP 4.0
Dalam pengumuman pakej PEMULIH Jun yang lalu, penerima yang layak untuk GKP akan menerima bayaran secara dua peringkat.
Peringkat Pertama ( September 2021)
Peringkat Kedua (November 2021)
Semakan kelulusan Permohonan Baharu GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September 2021. Pembayaran GKP 4.0 Fasa 1 bagi permohonan yang berstatus Lulus adalah mulai 21 September 2021 secara berperingkat dengan amaun bantuan sebanyak RM500.
Pembayaran GKP 4.0 kepada penerima yang layak akan dibuat pada bulan September 2021 (RM500) dan November 2021 (RM500) tertakluk kepada perubahan.
KEMAS KINI AKAUN BANK GKP (15 – 31 JULAI 2021)
Tarikh pembayaran semula kepada penerima sedia ada GKP yang berstatus Gagal Kredit mulai 15 September 2021.
Sekiranya status pembayaran GKP adalah Gagal Kredit (termasuk GKP 3.0 dan GKP PEMERKASA+), sila kemas kini maklumat Akaun Bank pada Portal Rasmi GKP mulai 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021. Sila Klik untuk melihat kaedah mengemaskini maklumat Akaun Bank pada permohonan GKP.
Bagi penerima yang berstatus Tidak Layak kerana Gagal Kredit bayaran GKP, pembayaran semula kepada penerima yang mengemas kini dalam tempoh yang ditetapkan adalah terhad kepada pembayaran semula bagi program GKP tahun 2021 sahaja.
Sila pastikan maklumat Akaun bank yang dikemaskini adalah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan), berstatus aktif dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon. Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan.
CARA SEMAKAN STATUS GKP
- Pergi ke portal laman web (https://gkp.hasil.gov.my/)
- Log masuk sebagai pengguna dan masukkan ID (no kad pengenalan) dan kata laluan anda.
- Status anda akan dipaparkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan PKS & PKS mikro, sila layari (https://gkp.hasil.gov.my/)