in , , ,

TARIKH PENGAMBILAN GURU ONE OFF 2021 (TARIKH TEMUDUGA BERMULA 8 SEPTEMBER 2021)

TARIKH PENGAMBILAN GURU ONE OFF 2021

TARIKH PENGAMBILAN GURU ONE OFF 2021 (TARIKH TEMUDUGA BERMULA 8 SEPTEMBER 2021)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP) ingin memaklumkan bahawa urusan temuduga bagi Pengambilan Khas Pegawai Pendidikan Gred DG41 Secara One Off Tahun 2021 akan dilaksanakan secara berfasa bermula 8 September 2021.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah melaksanakan urusan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 bagi 47 opsyen secara besar-besaran mulai 7 Julai yang lalu.

Graduan Pendidikan dan Bakal Graduan Pendidikan (calon-calon) semester akhir pengajian daripada universiti awam, swasta atau luar negara adalah layak memohon jawatan mengikut bidang dan institusi pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).

Urusan temuduga ini hanya akan melibatkan calon yang melepasi tapisan sahaja.

Setiap calon juga hanya akan dipanggil temuduga sekali sahaja mengikut opsyen yang ditentukan oleh SPP.

Semakan panggilan temuduga Fasa 1 ini boleh dibuat di Portal rasmi SPP mulai 3 September.

Sila rujuk kenyataan berikut untuk makluman sepenuhnya dari SPP:

TARIKH PENGAMBILAN GURU ONE OFF 2021

Proses Semakan Panggilan SPP

Menurut makluman terkini dari pihak SPP, semakan permohonan masih dalam proses dan temuduga akan bermula pada 8 September 2021.

Semakan panggilan temuduga Fasa 1 ini boleh dibuat di Portal rasmi SPP mulai 3 September.

Untuk membuat semakan status, sila rujuk laman web https://myspp.spp.gov.my/login

Dalam sidang media yang lalu dimaklumkan antara mata pelajaran dengan kekurangan guru tertinggi adalah seperti berikut:

Sekolah Rendah

  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Teknologi Maklumat & Komunikasi

Sekolah Menengah

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Reka Bentuk & Teknologi

BACA JUGA DISINI : 

PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 1 2022 (PERMOHONAN MRSM SECARA ONLINE)

PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 4 2022 (PERMOHONAN MRSM SECARA ONLINE)

Tarikh Penempatan

Menurut siaran media terdahulu, penempatan bagi calon yang berjaya akan dibuat bermula Oktober secara berperingkat.

Semakan Status Temuduga SPP

Untuk membuat semakan status, sila rujuk laman web https://myspp.spp.gov.my/login

Talian Hotline mySPP :

Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020
Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022
Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP): https://spp.spab.gov.my/
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 Putrajaya
Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8871 7499
E-mel : [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR ONLINE

PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR ONLINE(CUKAI JALAN/ROADTAX)BAGI KENDERAAN PERSENDIRIAN BOLEH DIBUAT DI PUSPAKOM MULAI 1 SEPTEMBER 2021

PERMOHONAN NIKAH ONLINE

PERMOHONAN NIKAH ONLINE (BORANG NIKAH ONLINE SETIAP NEGERI)