in , , , , , , ,

TEBUS STR DI BSN : CARA TEBUS / PENUAIAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2023

TEBUS STR DI BSN

TEBUS STR DI BSN : CARA TEBUS / PENUAIAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2023

Sumbangan Tunai Rahmah atau singkatannya STR adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.
Pembayaran STR Fasa 1 akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).

Perdana Menteri berkata, penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran tersebut pada tarikh sama.

Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Baca Juga :

LOGIN STR 2023 : CARA LOGIN / LOG MASUK & SEMAK STATUS MySTR

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023 : TARIKH BAYARAN / SEMAKAN STATUS / LOGIN / PERMOHONAN / DAFTAR / KEMASKINI STR (FASA 1 2023)

CARA TEBUS STR DI BSN

CARA TEBUS STR DI BSN. BUAT PENUNAIAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2023.

  1. Klik Portal Rasmi Semakan Status STR 2023 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan di ruangan No Mykad mySTR.
  3. Klik [Log Masuk].
  4. Klik [Semak].
  5. Klik [Ya] Pengesahan Kata Kunci Keselamatan.
  6. Masukkan Kata Laluan.
    Guna kata laluan BKM.
  7. Seterusnya, klik [Log Masuk].
  8. Setelah berjaya log masuk, sistem akan memaparkan Laman Menu Pengguna.
  9. Klik butang [Semakan] Pembayaran Fasa 1.
  10. Maklumat Status Pemohon dan Maklumat Bayaran akan dipaparkan.
    • Sila lihat di bahagian Status Kredit. Jika status menunjukkan Gagal Kredit, pemohon barulah boleh buat penunaian di BSN berdekatan.
  11. Lihat di bahagian Status Kredit.
  12. Paparan menunjukkan Gagal Kredit.
  13. Tebus STR anda di BSN.
  14. Bawa Kad Pengenalan Penerima untuk penunaian Sumbangan Tunai Rahmah.
  15. Selesai.

PENUNAIAN STR DI BSN

Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa mewakilkan penerima bagi penunaian Fasa 1 STR 2023 di BSN?

Dokumen yang perlu dikemukakan oleh waris yang didaftarkan adalah seperti berikut :

Kad pengenalan (asal atau salinan) penerima.
Kad pengenalan (asal) waris.
Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris.

BIL.HUBUNGAN WARISDOKUMEN PENGESAHAN PERTALIAN
1.Pasangana. Sijil Perkahwinan; ATAU
b. Sijil Lahir Anak
2.Ibu / BapaSijil Kelahiran penerima
3.AnakSijil Kelahiran Waris
4.Anak Angkata. Sijil anak angkat yang dikeluarkan oleh JPN; ATAU
b. Pengesahan Agensi Kerajaan (jika pemohon tiada sijil angkat) iaitu:
i. Mahkamah; atau
ii. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
5.Anak Tiria. Sijil Lahir Waris (anak tiri); DAN
b. Sijil Perkahwinan Ibu / Bapa Tiri
6.Adik Beradika. Sijil Kelahiran Penerima; DAN
b. Sijil Kelahiran Waris
7.Cucua. Sijil Kelahiran Waris (Cucu); DAN
b. Sijil Kelahiran Ibu / Bapa kepada Waris

Dokumen tambahan mengikut situasi penerima yang tidak dapat hadir untuk penunaian :

  • Surat Pengesahan daripada Penjara / Pusat Serenti (jika penerima berada di penjara atau Pusat Serenti); atau
    • Tempoh masa Surat Pengesahan:
      • Terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara atau
      • Sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan Penjara yang dikeluarkan mesti bertarikh tahun semasa (tahun 2023)
  • Surat pengesahan majikan dan tarikh mula dan tamat bertugas penerima yang menunjukkan bukti penerima berada di luar negara; atau
  • Surat pengesahan hospital jika penerima menerima rawatan di hospital; atau
  • Surat pengesahan yang menunjukkan penerima uzur atau tidak berdaya untuk bergerak; atau
  • Kad Orang Kurang Upaya (OKU)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PERMOHONAN EPRASEKOLAH

PERMOHONAN E-PRASEKOLAH 2024 / 2025: CARA DAFTAR ONLINE / MANUAL & SYARAT KEMASUKAN PRASEKOLAH