in

Teknik Mengatasi Stress Dan Tekanan Darah Tinggi,Tidak Serumit Yang Anda Fikirkan

Teknik Mengatasi Stress

TEKNIK MENGATASI STRESS DAN MENGAWAL TEKANAN DARAH

Kesihatan jantung akan terjejas setiap kali anda marah atau rasa tertekan. Ini kerana stress berkait rapat dengan tekanan darah tinggi, salah satu penyumbang utama kepada sakit jantung. Berikut merupakan beberapa panduan untuk mengawal stres, mengawal tekanan darah, dan menjaga kesihatan jantung anda:

Baca juga : Tips Temuduga Online PKP : Teknik Menarik Minat Penemuduga

 

1.MENJALIN HUBUNGAN YANG POSITIF

Rapatkan hubungan yang menyokong dan membina peribadi positif anda.Sentiasa berada dalam kepompong orang yang positif.

 

2.KEKAL AKTIF

Sertai sebarang aktiviti fizikal yang anda suka. Senaman membantu melegakan stres anda.Senaman secara ringan juga membantu untuk melegakan stress.

 

3.SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

Teknik mengatasi stress ialah fokus kepada perkara-perkara yang positif dalam kehidupan. Ini akan memberikan perasaan yang positif tentang masa depan.Elakkan daripada perkara negatif.

 

4.MELAKUKAN AKTIVITI KEGEMARAN

Luangkan masa untuk melakukan aktiviti seperti hobi, kerja sukarela, luangkan masa untuk orang tersayang, atau perkara lain yang membawa kebahagiaan kepada anda. Buatlah rancangan yang akan anda nikmati kerana ia merupakan kunci kepada kehidupan yang bebas stres dan penuh bermakna.

 

5.AMALKAN DIET YANG SEIMBANG

Dengan mengamalkan diet yang seimbang, ia akan membekalkan nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh kita untuk membantu mengurus stres dan mengekekalkan tekanan darah yang sihat.

 

Teknik Mengatasi Stress

6.PENGURUSAN MASA DENGAN BETUL

Luangkan masa yang secukupnya untuk setiap tugasan. Sikap realistik membantu anda menilai masa yang diperlukan dan elakkan diri daripada melakukan sesuatu dalam masa yang singkat.

 

7.HADKAN KOMITMEN

Tentukan keutamaan dan โ€œTundaโ€ tugasan berdasarkan kepentingan setiap pilihan. Ini mampu meringankan bebanan dan memberikan anda lebih masa peribadi untuk relaks.

 

8.KENALI DAN FAHAMI SITUASI ANDA
Kenali perkara dan situasi dalam atau luar kawalan anda. Terima realiti yang tidak mampu dikawal dan fokus kepada perubahan yang boleh anda lakukan.

 

9.SELESAIKAN SEGERA

Kenali masalah yang boleh anda atasi dan ambil langkah penyelesaian yang sewajarnya. Mintalah bantuan jika anda memerlukannya.

 

10.AMBIL MASA UNTUK RELAKS

Tarik nafas dan rehatlah selama 15 hingga 20 minit dalam suasana yang tenang.

Sumber:Kementerian Kesihatan Malaysia

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    tips temuduga online pkp

    Tips Temuduga Online PKP : Teknik Menarik Minat Penemuduga

    permohonan bantuan oku pemulih

    Permohonan Bantuan OKU Pemulih RM500 Untuk 3 Bulan