in

TEMAN ISTERI BERSALIN HOSPITAL KERAJAAN 2021(BAGI SUAMI YANG TELAH LENGKAP 2 DOS VAKSIN)

TEMAN ISTERI BERSALIN HOSPITAL KERAJAAN 2021

TEMAN ISTERI BERSALIN HOSPITAL KERAJAAN 2021(BAGI SUAMI YANG TELAH LENGKAP 2 DOS VAKSIN)

SUAMI LENGKAP VAKSIN BOLEH TEMAN ISTERI BERSALIN, PERLU JALANI UJIAN COVID

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi kebenaran kepada suami yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 untuk menemani isteri yang akan melahirkan anak dalam wad bersalin.

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata beliau sudah meminta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk mengeluarkan kebenaran itu di semua hospital kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, suami yang mahu menemani isteri dalam wad bersalin perlu menjalani ujian COVID-19 dan disahkan negatif, sebelum dibenar berbuat demikian.

“Saya sudah minta Tan Sri Dr Noor Hisham untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi dan menjalani ujian saringan COVID dan negatif, untuk menemani isteri mereka dalam wad bersalin,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

TEMAN ISTERI BERSALIN HOSPITAL KERAJAAN 2021

Beliau berkata demikian sebagai mengulas permintaan seorang pengguna Twitter, yang memohon suami lengkap divaksin dan negatif ujian saringan COVID-19 dibenarkan menemani isteri dalam bilik bersalin.

Menjawab permintaan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan akan mengeluarkan arahan untuk membenarkan suami yang lengkap divaksin dan bebas COVID-19 untuk teman isteri dalam wad bersalin.

“Ya, saya akan laksanakan apa yang diperlukan,” katanya.

Sebelum ini, hospital kerajaan tidak membenarkan suami untuk menemani isteri di dalam dewan bersalin sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac tahun lalu akibat penularan COVID-19.

Info Covid-19 boleh diperoleh melalui website Covid-19 Malaysia.

Baca Juga Di Sini : SENARAI DOKUMEN UNTUK DAFTAR KELAHIRAN (PANDUAN MENGISI BORANG DAFTAR KELAHIRAN)

Berikut juga dikongsi doa untuk mudah bersalin :

DOA UNTUK MUDAH BERSALIN NORMAL ATAU CZER

  1. SURAH MARYAM AYAT 26
  2. SURAH AL-IMRAN AYAT 38
  3. SURAH FAATIR AYAT 11
  4. SURAH AN-NAHL AYAT 78
  5. SURAH ANBIYA AYAT 89

Antara doa mudah bersalin lain yang boleh mama amalkan ialah :

  • Surah Yusuf : Untuk anak yang cantik rupa dan akhlaknya
  • Surah Yasin : Untuk anak tak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Luqman : Untuk anak cerdik
  • Surah Al-Imran ayat 8-9 : Untuk memohon rahmat
  • Surah Ibrahim Ayat 40 : Untuk anak mudah mengerjakan solat
  • Surah Al-Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibu
  • Surah Al-Baqarah Ayat 128 : Untuk anak patuh pada Allah SWT

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SENARAI DOKUMEN UNTUK DAFTAR KELAHIRAN

SENARAI DOKUMEN UNTUK DAFTAR KELAHIRAN (PANDUAN MENGISI BORANG DAFTAR KELAHIRAN)

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41: CARA MOHON PENGAMBILAN KHAS DI MYPDPP

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41: CARA MOHON PENGAMBILAN KHAS DI MYPDPP