in , , ,

TERMINATE ASB LOAN : CARA PEMBATALAN ASB LOAN (MAYBANK / CIMB / RHB / DLL)

TERMINATE ASB LOAN

TERMINATE ASB LOAN : CARA PEMBATALAN ASB LOAN (MAYBANK / CIMB / RHB / DLL)

Pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) amat berisiko bagi pelabur yang membuat pelaburan menggunakan kaedah pinjaman kerana kadar keuntungan atau dividen yang diperolehi tidak menentu dan kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank untuk pinjaman yang dilakukan juga semakin tidak berbaloi.

Sekiranya pelanggan ASB yang ingin terminate pinjaman ASB atas pelbagai sebab tertentu, sudah semestinya ingin mengetahui bagaimana caranya.

Disini dikongsikan cara untuk terminate asb loan bagi bank CIMB, Maybank, RHB dan juga bank-bank yang lain.,

Baca juga : RENEW CIMB ATM CARD ONLINE : CARA MOHON / TUKAR / AKTIF KAD BANK CIMB BARU

APA ITU PINJAMAN ASB?

Pinjaman ASB merupakan pinjaman berjangka asas dan faedah yang dikenakan ke atas peminjam ASB menggunakan kaedah pengurangan baki. Di Malaysia, sesetengah bank yang merupakan ejen dana ASB juga memberikan pinjaman ASB seperti perkhidmatan Maybank,CIMB Bank dan RHB.

PEMBATALAN LOAN ASB

Antara punya pelanggan ingin terminate akaun ASB adalah:

Pulangan pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang adakalanya rendah
Kadar keuntungan atau dividen yang diperolehi daripada melabur di ASB dan kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank untuk pinjaman yang dilakukan semakin tidak berbaloi.

CARA TERMINATE ASB LOAN

TERMINATE ASB LOAN MAYBANK

CARA TERMINATE ASB LOAN BANK MAYBANK

Berikut adalah merupakan cara terminate pinjaman ASB dengan Maybank:

  1. Anda perlu kunjungi di mana-mana cawangan Maybank.Dokumen yang perlu dibawa adalah kad pengenalan anda.
  2. Anda disarankan membawa nombor akaun pinjaman ASB anda. Sekiranya anda terlupa, pegawai bank boleh memeriksa akaun pinjaman ASB anda melalui nombor kad pengenalan anda.
  3. Kemudian, anda pergi ke bahagian kaunter front desk dan perlu maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB.
  4. Pegawai bank akan memeriksa status akaun pinjaman anda samaada terdapat baki, status tunggakan dan sebagainya.
  5. Anda perlu myatakan sebab atau alasan anda ingin membatalkan pinjaman ASB anda.
    Anda akan diberikan borang daripada pegawai bank iaitu borang membatalkan pinjaman ASB anda.
  6. Setelah borang permohonan selesai diisi, anda akan dibawa ke front desk untuk memeriksa cap jari.
  7. Urusan terminate asb loan bank Maybank anda selesai.

TERMINATE ASB LOAN CIMB 2022

CARA MEMBATALKAN ASB LOAN CIMB

Berikut adalah merupakan cara terminate pinjaman ASB dengan Bank CIMB:

  1. Anda perlu kunjungi di mana-mana cawangan CIMB dan dokumen yang perlu dibawa adalah kad pengenalan anda.
  2. Anda perlu pergi ke bahagian kaunter front desk dan maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB anda.
  3. Serahkan kad pengenalan kepada pegawai bank untuk membuat semakan status pinjaman anda.
  4. Kebiasaannya pegawai bank yang bertugas akan bertanyakan sebab anda ingin menamatkan pinjaman ini dan anda perlu nyatakan alasan munasabah kepada pegawai bank sebab utama anda ingin membatalkan pinjaman anda.
  5. Kemudian, isikan borang permohonan pembatalan pinjaman ASB dan diserahkan kepada pegawai bank.
  6. Proses biasanya akan mengambil masa 2 minggu dimana anda akan dihubungi pegawai bank dan pengesahana bayaran baki bon pinjaman anda.

TERMINATE ASB LOAN RHB

CARA TERMINATE ASB LOAN BANK RHB

Berikut adalah merupakan cara terminate pinjaman ASB dengan Bank RHB:

  1. Sebelum anda kujungi cawangan bank RHB. Anda perlu kunjungi di mana-mana cawangan CIMB dan dokumen yang perlu call customer service dulu untuk maklumkan cancellation. Customer Service akan memberi maklumat kepada anda berkaitan terminate ASB Loan.
  2. Jika loan asb yang anda buat tidak cukup tempoh 36 bulan bayaran,akan dikenakan denda sebab tidak cukup 36 bulan. Jika lebih 36 bulan bayaran, anda boleh tutup tanpa sebarang denda.
  3. Anda perlu pergi ke bahagian kaunter front desk dan maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB anda.
  4. Serahkan kad pengenalan kepada pegawai bank untuk membuat semakan status pinjaman anda.
  5. Anda perlu nyatakan alasan munasabah kepada pegawai bank sebab utama anda ingin membatalkan pinjaman anda.
  6. Kemudian, isikan borang permohonan pembatalan pinjaman ASB dan diserahkan kepada pegawai bank.
  7. Anda akan dibawa ke front desk untuk memeriksa cap jari.
  8. Proses terminate asb loan bank RHB anda selesai.
  9. Bagi bank RHB, tempoh 2 bulan untuk urusan jualan balik and urusan BNM diperlukan. Selepas proses ini selesai, anda akan tahu berapa jumlah hasil yang diperolehi daripada terminate asb loan RHB.

CARA TERMINATE ASB LOAN DENGAN LAIN-LAIN BANK

Berikut adalah merupakan cara terminate pinjaman ASB dengan lain-lain Bank:

  1. Proses membatalkan loan anda dengan mana-mana bank lebih kurang sama iaitu anda perlu melakukannya di kaunter kerana proses sebegini tidak boleh dilakukan secara dalam talian.
  2. Untuk pengesahan, anda akan diberikan borang untuk diisi sebagai tanda persetujuan membatalkan ASB loan.
  3. Walau bagaimanapun, tempoh proses pembatalan mungkin berbeza bagi setiap bank.
  4. Untuk maklumat lanjut, boleh bertanyakan lebih terperinci dengan pegawai bank yang anda temui di kaunter bank.

CARA TERMINATE ASB LOAN ONLINE

Pada masa ini cara terminate ASB loan secara online belum tersedia. Pelanggan ASB perlu kunjungi cawangan yang mula-mula Anda apply loan ASB, sila buat pembatalan di cawangan tersebut.

Sekiranya Anda apply melalui agen RHB sila pergi bank RHB, kalau agen CIMB pergi bank CIMB. Jangan Anda buat di Maybank pergi tutup di RHB. Hal tersebut hanya akan buang masa je nanti.

TEMPOH PEMBATALAN ASB LOAN

Setiap bank mempunyai tempoh tertentu untuk peminjam membatalkan ASB loan ini.

CAJ PENALTI PEMBATALAN ASB LOAN

Untuk makluman anda, pada masa kini kesemua asbf dari pelbagai bank tiada lagi Lock In Period. Maksudnya boleh terminate anytime walaupun asbf tersebut baru setahun sahaja.

RISIKO TERMINATE AWAL

  1. Lebihan bayaran takaful kena dibayar
    • Contohnya ASBF RM100,000 + takaful 30 tahun. Total loan RM103,000.
    • Lebihan RM3,000 tu sebenarnya untuk bayaran takaful
    • Jika terminte terlalu awal, lebihan itu dipanggil shortfall
  2. Cara elakkan shortfall
    • Ambil takaful minimum 5 tahun.
    • Untuk sijil RM100,000, bayaran takaful untuk 5 tahun hanya lebih kurang RM620 sahaja. Jadi total loan sekitar RM100,620.
    • Dalam masa 6 bulan baki loan akan kurang daripada RM100,000.

SOALAN LAZIM

Boleh ker terminate loan ASB secara online?

  • Tidak boleh

Apakah dokumen yang diperlukan untuk terminate ASB LOAN?

  • Kad pengenalan

Apa itu nombor akaun pinjaman ASB?

  • Ia adalah nombor rujukan untuk pinjaman ASB anda.

Adakah saya akan dapat terus duit selepas terminate?

  • Bergantung kepada bank,ada yang mengambil masa sehingga 2 minggu untuk dapat duit.

Adakah saya dikenalkan penalti jika terminat ASB LOAN?

  • Bergantung kepada kontrak yang dipersetujuan semasa memohon ASB LOAN,sila semak butiran ASB LOAN anda.

Adakah saya untung atau rugi jika terminate?

  • Bergantung kepada pelaburan anda,sila buat semakan tentang pelaburan ASB LOAN anda.

UNTUK RUJUKAN

Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut mengenai asb loan boleh layari laman web rasmi berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BANTUAN E WALLET B40

BANTUAN E-WALLET B40 : BANTUAN UNTUK BELIA B40 RM200