in , ,

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 2022/2023 : TARIKH / FORMAT UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK

UJIAN AKHIR SESI AKADEMI

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 2022/2023 : TARIKH / FORMAT UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Ujian Akhir Sesi Akademi (UASA) yang akan bermula pada sesi akademi 2022/2023 bagi menggantikan peperiksaan akhir tahun yang sedia ada. KPM hanya memfokuskan 5 subjek utama sahaja untuk UASA.

Penekanan kepada lima mata pelajaran ini adalah selaras dengan hasrat pendidikan rendah yang tertumpu kepada penguasaan 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) disamping menitik beratkan perkembangan dalam mata pelajaran Sejarah bagi membentuk jati diri dan yang merupakan antara syarat wajib lulus dalam peperiksaan SPM.

Penilaian murid dalam mata pelajaran akan dinilai melalui kedua-dua pentaksiran iaitu berterusan dan sumatif menggunakan Tahap Penguasaan (TP1-TP6).

Berikut dikongsikan panduan dan format peperiksaan baharu yang diperkenalkan oleh KPM ini.

Baca juga : BANTUAN ZAKAT KOPERASI TNB 2022 : PERMOHONAN / SYARAT ZAKAT KOPERASI TNB

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 

Dalam Ujian Akhir Sesi Akademik, Kemahiran kognitif/intelektual serta penguasaan murid-murid dalam setiap mata pelajaran akan dinilai.

UASA akan dilaksanakan menerusi ujian bertulis sepenuhnya.

MURID YANG TERLIBAT

Murid-murid yang terlibat dalam UASA adalah seperti berikut :

  • Tahap 2 Sekolah Rendah : Tahun 4, 5 dan 6
  • Tahap 1 Sekolah Menengah : Tingkatan 1, 2 dan 3

Sementara itu, pelajar daripada kelas yang tidak berkaitan akan duduki ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri.

Untuk makluman, terdapat 20 mata pelajaran yang disediakan bagi peperiksaan UASA bagi peringkat Menengah Rendah iaitu :

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Sejarah
  • Sains
  • Geografi
  • Asas Sains Komputer
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Bahasa Arab
  • Maharat al-Quran
  • Al-Lughah/al-‘Arabiah, al-Mu’asirah
  • Al-Syariah
  • Usul Al-Din
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tambil
  • Bahasa Punjabi
  • Bahasa Kadazandusun
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Semai

MATA PELAJARAN MENENGAH RENDAH

Peperiksaan UASA bagi peringkat sekolah Rendah (Tahap Dua) pula melibatkan 5 mata pelajaran iaitu :

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah

MATA PELAJARAN SEKOLAH RENDAH

Nota :

  • Mata pelajaran adalah tertakluk kepada yang ditawarkan/disediakan di sekolah.
  • Peperiksaan mata pelajaran tambahan seperti Seni Muzik dan Seni Tari adalah tertakluk kepada ketersediaan di sekolah.
  • Tempoh ujian akan ditetapkan oleh KPM manakala jadual ujian pula bakal ditetapkan oleh pihak sekolah masing-masing.

PENYEDIAN INSTRUMEN UASA

Untuk makluman, soalan bagi peperiksaan UASA akan dijana melalui aplikasi pengumpulan dan pemasangan instrumen (APPI), iaitu sebuah sistem baharu yang dibangunkan oleh KPM.

Pihak sekolah kemudiannya akan diminta untuk muat turun bank soalan menerusi aplikasi tersebut pada garis masa yang ditentukan oleh pihak KPM.

INSTRUMEN UASA

FORMAT UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK

SUMATIF UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2022

Penyataan Tahap Penguasaan UASA (Sistem Grading)

Penyataan tahap penguasaan atau grading bagi Ujian Akhir Sesi Akademik tidak diberikan melalui gred atau markah. Sebaliknya prestasi murid-murid akan diukur berdasarkan enam Tahap Penguasaan iaitu TP1 hingga TP6 serta deskriptif bagi setiap tahap.

TP1 : Tahu

Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

TP2 : Tahu dan faham

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

TP3 : Tahu, Faham dan Boleh Buatf1

TP4 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan berada iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

TP5 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.

TP6 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Boleh Buat dengan Beradab MithaliMurid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK

TARIKH UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK

PENILAIAN AKHIR TAHUN

Pada Januari 2023 minggu kedua, pihak sekolah akan diminta untuk muat turun dan mencetak soalan mengikut mata pelajaran yang ada di sekolah.

Kemudian, pentadbiran UASA serta panduan penskoran akan dilaksanakan sebagai persiapan ujian.

Berdasarkan garis masa yang dikongsikan, peperiksaan UASA dijangka akan berlangsung sekitar minggu ketiga Januari sehingga pertengahan Februari 2023.

TAKWIM UJIAN / PEPERIKSAAN DALAMAN

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2022

Ujian akhir sesi akademik 2022 16 Januari 2023 – 20 Januari 2023.

UNTUK RUJUKAN

Untuk ketahui informasi terkini berkaitan UASA, sila ikuti laman Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BANTUAN ZAKAT KOPERASI TNB

BANTUAN ZAKAT KOPERASI TNB 2022 : PERMOHONAN / SYARAT ZAKAT KOPERASI TNB

KALENDAR SESI PERSEKOLAHAN

KALENDAR SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024 : TAKWIM / KALENDAR AKADEMIK / CUTI PERAYAAN / TARIKH CUTI PENGGAL SEKOLAH