in

VAKSIN COVID UNTUK IBU MENGANDUNG : TANPA TEMUJANJI MYSEJAHTERA

VAKSIN COVID UNTUK IBU MENGANDUNG

VAKSIN COVID UNTUK IBU MENGANDUNG : TANPA TEMUJANJI MYSEJAHTERA

VAKSIN COVID UNTUK IBU MENGANDUNG DI KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK (KKIA) TANPA TEMUJANJI MYSEJAHTERA

Ibu mengandung kini boleh mendapatkan temu janji vaksin melalui Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KK), tanpa perlu berbuat demikian menerusi aplikasi MySejahtera.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata arahan serta garis panduan daripada beberapa pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) sudah sedia diperoleh bagi proses vaksinasi ibu mengandung, termasuk penetapan mengenai usia kehamilan di antara tempoh 14 hingga 33 minggu.

Justeru, katanya, golongan terbabit, setakat ini, tidak dimasukkan sebagai golongan yang layak menerima pelalian secara tanpa temu janji (walk-in) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Panggilan vaksin bagi ibu mengandung adalah di bawah urusan klinik kesihatan ibu dan anak. Mereka boleh mendapatkan temu janji suntikan melalui premis kesihatan ini dan akan dirujuk ke PPV untuk menerima vaksinasi.

“Mereka tidak perlu melalui temu janji di aplikasi MySejahtera dan kaedah ini sebenarnya lebih cepat berbanding ‘walk-in’,” katanya mengulas cadangan supaya wanita hamil dibenarkan ‘walk-in’ untuk vaksinasi.

Sebarang info vaksinasi boleh layari https://www.vaksincovid.gov.my/.

VAKSIN COVID UNTUK IBU MENGANDUNG

VAKSIN COVID SESUAI UNTUK IBU MENGANDUNG

  1. Pfizer sesuai untuk ibu hamil antara 14-33 minggu.Untuk ibu yang menyusu adalah sesuai untuk menerima vaksin.
  2. AstraZeneca sesuai untuk ibu hamil antara 14-33 minggu.Untuk ibu yang menyusu adalah sesuai untuk menerima vaksin.
  3. Sinovac sesuai untuk ibu hamil antara 14-33 minggu.Untuk ibu yang menyusu adalah sesuai untuk menerima vaksin.

 

VAKSIN COVID UNTUK IBU MENGANDUNG

 

Dr Noor Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas kebimbangan yang mungkin timbul dalam kalangan ibu mengandung susulan kematian penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, 36, hari ini akibat COVID-19 ketika sarat mengandungkan anak keempat.
Difahamkan, Siti Sarah ketika hayatnya masih belum mendapatkan pelalian vaksinasi COVID-19.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya menyambut baik cadangan untuk memasukkan golongan ibu mengandung sebagai penerima vaksin secara ‘walk-in’, namun mungkin hanya akan dilaksanakan selepas urusan vaksinasi warga emas dan golongan komorbid selesai.

BACA JUGA DISINI

PDRM BORANG RENTAS NEGERI PDF : DOWNLOAD BORANG RENTAS NEGERI TERKINI

2 Comments

Leave a Reply

    2 Pings & Trackbacks

    1. Pingback:

    2. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    PDRM BORANG RENTAS NEGERI PDF

    PDRM BORANG RENTAS NEGERI PDF : DOWNLOAD BORANG RENTAS NEGERI TERKINI