in ,

WAKTU BERBUKA PUASA 2022 : MASA BUKA DAN IMSAK SELURUH NEGERI

WAKTU BERBUKA PUASA 2022

WAKTU BERBUKA PUASA 2022 : MASA BUKA DAN IMSAK SELURUH NEGERI

WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK UNTUK SEMUA NEGERI DI MALAYSIA

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatNya kita masih berpeluang untuk menyambut kehadiran bulan Ramadhan Al Mubarak bagi tahun 2022 Masihi bersamaan 1443 Hijrah dan pastinya jadual waktu berbuka puasa Ramadhan terbitan JAKIM akan menjadi rujukan.

Bersyukur Masih Berpeluang Bertemu Ramadhan

Kita seharusnya bersyukur ke hadrat Ilahi berikutan kita diberi peluang untuk bermujahadah dalam Saiyidus Syuhur (Penghulu sekalian bulan) kali ini. Ketibaan Ramadhan sangat-sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di pelusuk dunia kerana Ramadan adalah bulan yang dijanjikan oleh Allah SWT sebagai Syahrul Magfirah (bulan keampunan) dan Syahrul Najah (Bulan Kemenangan dan pembebasan dari api Neraka).

Menghidupkan Malam Bulan Ramadhan

Dalam bulan Ramadhan selain menunaikan ibadah puasa di siang hari, kita boleh menghidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah qiyamullail, beriktikaf, bertadarus Al-Quran dan sebagainya.

Memanfaatkan Sepenuhnya Kelebihan Yang Ada Di Bulan Ramadhan

Umat Islam perlu memanfaatkan sebaik mungkin kelebihan yang ada pada bulan Ramadan kerana bulan yang penuh rahmah dan maghfirah ini akan berlalu begitu sahaja seandainya keistimewaan yang dikurniakan tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama merebut peluang ini sebaik mungkin kerana belum pasti kita akan bertemu lagi pada Ramadan yang akan datang.

Baca Juga Di sini :

Permit Umrah Eatmarna Tawakkalna : Cara Mohon Dan Semak

RUMAH PR1MA MALAYSIA 2022 : GAJI MINIMA RM1000 PERMOHONAN TANPA SLIP GAJI,KWSP

Jadual Waktu Berbuka Puasa Ramadhan Dan Imsak 2022 Seluruh Negeri Malaysia

Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, berikut adalah pernyataan lampiran data jadual waktu imsak dan berbuka puasa di bulan Ramadan bagi tahun 1443 Hjirah bersamaan 2022 Masihi untuk seluruh zon-zon dan kawasan di seluruh negeri di Malaysia mengikut jadual rasmi terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Boleh MUAT TURUN Jadual Berbuka Dan Imsak Seluruh Negeri Di Bawah

MUAT TURUN >>>> Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2022 1443H-web

Sebagai makluman, jadual waktu Imsak dan berbuka Puasa yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setiap tahun akan menjadi rujukan umat Islam di Malaysia merancang waktu yang sesuai untuk sahur (waktu terbaik bersahur adalah waktu yang hampir dengan azan Subuh) serta berbuka puasa pada waktu yang tepat.

Join channel telegram kami untuk mengetahui info mengenai pengeluaran kwsp dan juga bantuan-bantuan lain kerajaan malaysia dan info semasa malaysia (https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)..

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BKM FASA 1

BKM FASA 1 BAYARAN PADA 28 MAC : JADUAL DAN JUMLAH BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

CHECK MYBKM :SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE

CHECK MYBKM : SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE