ZAKAT PENDAPATAN – CARA KIRA DAN BAYAR ONLINE
berikut merupakan langkah mengira dan membayar zakat jenis pendapatan secara online di laman web Zakat2u
BACA JUGA: BANTUAN BANJIR RM1000 UNTUK SETIAP KETUA ISI RUMAH YANG TERJEJAS 2021
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
ZAKAT PENDAPATAN – CARA KIRA DAN BAYAR ONLINE
LOGIN KE SISTEM PORTAL ZAKAT
Paparan Menu Utama Portal, zakat2u.com.my
Pengguna perlu login ke : http://www.zakat2u.com.my

Bagi pengguna yang ingin mendaftar, klik pada “Log Masuk”. Manakala, bagi yang ingin
membuat pengiraan “Zakat Pendapatan”, hendaklah klik pada butang “Kira” dan pilih
“Zakat Pendapatan”.
[KIRAAN ZAKAT PENDAPATAN MENGIKUT JENIS KIRAAN ZAKAT]

Jenis kiraan zakat terbahagi kepada dua iaitu :-
- Tanpa Tolakan
- Dengan Tolakan
> Isi pada kotak yang diperlukan seperti:-
i. Tahun / Haul (Pilih Tahun /Haul)
ii. Amaun Nisab (dipaparkan secara automatik)
iii. Jenis Kiraan (sila pilih):- - Tanpa Tolakan
- Dengan Tolakan
> Paparan “Jenis Kiraan” sama ada TANPA TOLAKAN atau DENGAN TOLAKAN,
“Pengguna Berdaftar” atau “Pengguna Tidak Berdaftar” boleh memilih salah satu
daripada 2 “Jenis Kiraan” seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.
[Kiraan Zakat Tanpa Tolakan]
Sekiranya “Pengguna Berdaftar” atau “Pengguna Tidak Berdaftar” memilih untuk
jenis kiraan TANPA TOLAKAN, “Maklumat Pendapatan” akan dipaparkan.

>“Pengguna Berdaftar” atau “Pengguna Tidak Berdaftar” boleh mengisi “Maklumat
Pendapatan” sepertimana yang ditunjukkan pada Rajah 4.
> Sekiranya “Pengguna Berdaftar” atau “Pengguna Tidak Berdaftar” memilih untuk membuat kiraan zakat mengikut “Jenis Pendapatan Bulanan”, pastikan maklumat
berikut diisi (rujuk Rajah 4):-
i. Jenis Pendapatan – sila pilihBulanan
ii. Pendapatan Bulanan (isi maklumat pendapatan bulanan )
iii. Pendapatan Setahun (dikira secara automatik)
iv. Pendapatan Lain (sekiranya ada)
[Kiraan Zakat dengan Tolakan]
Sekiranya “Pengguna Berdaftar” atau “Pengguna Tidak Berdaftar” memilih untuk
membuat kiraan zakat mengikut jenis kiraan “Dengan Tolakan”, maklumat tambahan
iaitu “Maklumat Perbelanjaan Tahunan” perlu diisi seperti di berikut;

[JUMLAH ZAKAT PENDAPATAN]
> Paparan “Jumlah Zakat Pendapatan” akan dikira secara automatik mengikut Jenis
Pendapatan (BULANAN /TAHUNAN).

>“Pengguna Berdaftar” sahaja boleh klik butang “Bayar” sekiranya ingin
membuat transaksi pembayaran atau klik butang “Simpan” sekiranya ingin
menyimpan “Maklumat Pengiraan Zakat Pendapatan”. Manakala “Pengguna
Tidak Berdaftar” yang ingin membuat “Bayaran” atau “Simpan” perlu
mendaftar sebagai ahli.

>Selepas pengguna memilih untuk “Bayar” kiraan zakat akan
dimasukkan ke dalam Troli.
[BAYAR ZAKAT]

>Paparan di atas dipaparkan setelah “Pengguna Berdaftar” menekan butang
Bayar. Pengguna boleh memilih proses bayaran yang diperlukan seperti di
bawah :-
- Perbankan Internet FPX
- Kad Kredit / DebitIslamik