CARA SEMAK STATUS BKM
BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang
memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
BACA JUGA: PERMOHONAN BARU BKM :PENDAFTARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
CARA SEMAK STATUS BKM
Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati
syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii. Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Perkara | Isi Rumah | Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan | Bujang |
---|---|---|---|
Status Perkahwinan | Kahwin | Bujang | Bujang |
Status Perkahwinan | Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak yang menepati syarat | Ibu Bapa Tunggal yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat | Ibu Bapa Tunggal yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat |
Pendapatan | RM5,000 dan ke bawah | RM5,000 dan ke bawah | RM2,500 dan ke bawah |
Kelayakan Umur | Tiada had umur | 60 tahun dan ke atas | 21-59 tahun |
CARA SEMAK STATUS BKM
- Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak
lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk
diverifikasi kelayakan. - Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia
ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan
maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. - Cara semak status BKM secara online sila klik https://bkm.hasil.gov.my/.
Sila ikuti langkah semakan di bawah;
- Layari https://bkm.hasil.gov.my/
- Klik pada butang log masuk BKM (sebagaimana dalam gambar di atas)
- Masukkan Nombor MyKad dan tekan semak
- Pastikan kata kunci keselamatan anda adalah betul dan tekan ya
- Masukkan kata laluan dan tekan log masuk
- Klik pada butang semakan status bagi melihat kelulusan status anda
Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai
1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke
semasa.
Kategori Bantuan | Pendapatan | Bilangan Anak = 0/ Nilai Bantuan | Bilangan Anak = 1 hingga 2 / Nilai Bantuan | Bilangan Anak = lebih atau sama dengan 3 / Nilai Bantuan |
---|---|---|---|---|
Isi Rumah | RM2,500 dan ke bawah | RM1,000 | RM1,500 | RM2,000 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | RM400 | RM600 | RM800 |
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan | RM5,000 dan ke bawah | RM600 | tiada | tiada |
Bujang | RM2,500 dan ke bawah | RM350 | tiada | tiada |
Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
Kategori Bantuan | Pendapatan | Bilangan Anak | Kelayakan Asas | Kelayakan Selepas Kadar Tambahan |
---|---|---|---|---|
IBT yang mempunyai anak (tambahan RM500) | RM2,500 dan ke bawah | 1 hingga 2 | RM1,500 | RM2,000 |
IBT yang mempunyai anak (tambahan RM500) | RM2,500 dan ke bawah | lebih atau sama dengan 3 | RM2,000 | RM2,500 |
IBT yang mempunyai anak (tambahan RM500) | RM2,501 – RM5,000 | 1 hingga 2 | RM600 | RM1,100 |
IBT yang mempunyai anak (tambahan RM500) | RM2,501 – RM5,000 | lebih atau sama dengan 3 | RM800 | RM1,300 |
Warga Emas yang mempunyai anak (tambahan RM300) | RM2,500 dan ke bawah | 1 hingga 2 | RM1,500 | RM1,800 |
Warga Emas yang mempunyai anak (tambahan RM300) | RM2,500 dan ke bawah | lebih atau sama dengan 3 | RM2,000 | RM2,300 |
Warga Emas yang mempunyai anak (tambahan RM300) | RM2,501 – RM5,000 | 1 hingga 2 | RM600 | RM900 |
Warga Emas yang mempunyai anak (tambahan RM300) | RM2,501 – RM5,000 | lebih atau sama dengan 3 | RM800 | RM1,100 |
Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja
Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan
dimaklumkan dari semasa ke semasa
Bil | Perkara | Kaedah bayaran |
---|---|---|
1. | Berjaya kredit | Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat |
2. | Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup) | Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM |
3. | Tiada akaun bank | Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM |