in ,

BELANJAWAN 2022(INTIPATI BELANJAWAN 2022 DAN RINGKASAN BELANJAWAN 2022)

BELANJAWAN 2022

BELANJAWAN 2022(INTIPATI BELANJAWAN 2022 DAN RINGKASAN BELANJAWAN 2022)

Bajet 2022 yang akan dibentangkan pada 29 Oktober ini kekal sebagai belanjawan pemulihan untuk menyokong usaha pembaharuan kerajaan yang lebih meluas dan berjangka panjang di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata berdasarkan tiga fokus utama Belanjawan 2022 iaitu memacu pemulihan ekonomi (recovery), membina semula daya tahan negara (resilience) dan memangkin pembaharuan (reform), dengan bank dan institusi kewangan termasuk institusi kewangan pembangunan (DFI) akan memainkan peranan penting untuk terus maju.

BELANJAWAN 2022

TARIKH BELANJAWAN 2022

Pembentangan Belanjawan dijadualkan berlangsung pada tarikh yang telah dinyatakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (perikatan nasional) iaitu pada:

  • 29 Oktober 2021 (Jumaat) Bermula jam 4 petang
  • Siaran langsung di saluran radio dan utama di Malaysia
  • Sebarang info tentang Belanjawan 2022 boleh KLIK disini.

Baca Juga Disini :

BKC FASA 3 (CARA SEMAKAN STATUS BAYARAN BKC FASA 3 UNTUK MISKIN TEGAR,B40,M40)

FOKUS UTAMA BELANJAWAN 2022

  1. Recovery (Agenda Pemulihan Ekonomi
  2. Resilience (Membina Semula Daya Ketahanan Negara)
  3. Reform (Memangkin Pembaharuan)

INTIPATI BELANJAWAN 2022

  1. Memulihkan sektor terjejas.
  2. Meningkatkan keupayaan sistem kesihatan awam serta skop perlindungan sosial.
  3. Merancakkan ekonomi digital dalam usaha mengukuhkan daya saing negara dalam menghadapi norma baharu global.

BELANJAWAN 2022

INTIPATI BAJET 2022

Intipati bajet 2022 / belanjawan 2022 akan dikemaskini kelak selepas pengumuman dibuat oleh pihak kerajaan.

KENYATAAN PRA BAJET 2022

Sebagai salah satu usaha menambah baik proses penyediaan bajet tahunan, Kementerian Kewangan (MOF) bersetuju untuk menerbitkan Kenyataan Pra-Bajet (KPB) bagi Bajet 2022. Ini merupakan KPB yang pertama di dalam sejarah tanah air.

Langkah ini bertepatan dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa, iaitu KPB diterbitkan bagi meningkatkan ketelusan proses merangka inisiatif bajet tahunan, serta membina keyakinan awam terhadap pengurusan fiskal negara, terutamanya dalam kalangan pelabur.

Melalui penerbitan KPB, rakyat berpeluang meneliti beberapa penanda aras termasuk:

  • Tinjauan ekonomi berdasarkan kepada senario ekonomi global, semakan ke atas prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar dan unjuran ekonomi bagi tahun 2022 serta sasaran fiskal untuk 2021/2022;
  • Status prestasi hasil percukaian dan inisiatif cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2021 dan pakej rangsangan ekonomi pada tahun 2021. Dokumen KPB juga meliputi pengurusan ketirisan hasil, komitmen Malaysia di peringkat antarabangsa serta strategi meningkatkan hasil dan memantapkan sistem percukaian; dan
  • Status perbelanjaan 2021 dan faktor-faktor dalam mengoptimum dan mengawal perbelanjaan.

KPB juga memberi gambaran awal berkenaan hala tuju, pendekatan yang diambil serta manfaat yang bakal dinikmati daripada Bajet 2022, yang akan dirangka berdasarkan matlamat berikut:

  • Melindungi dan memulihkan kehidupan serta mata pencarian: Bajet 2022 akan meneruskan usaha pemulihan dalam memastikan negara berjaya keluar daripada kemelut pandemik COVID-19, serta meneruskan agenda memulih kehidupan dan sektor ekonomi yang terjejas pasca-pandemik. Usaha juga akan digembleng bagi membantu golongan rentan dan mencipta peluang pekerjaan baharu;
  • Membina semula daya ketahanan negara: Bajet 2022 akan memberi penekanan kepada usaha untuk membina semula daya ketahanan sistem kesihatan negara, mempertingkatkan infrastruktur digital dan teknologi terutamanya dalam sektor pendidikan dan menyediakan keperluan untuk negara beralih kepada sektor industri yang mempunyai produktiviti tinggi berasaskan teknologi automasi dan kemahiran tinggi.
  • Memangkin pembaharuan: Bajet 2022 akan memastikan langkah pembaharuan dilaksanakan dengan memberi penumpuan kepada pencapaian Sustainable Development Goals (SDG), RMKe-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
    MOF yakin bahawa penerbitan KPB akan menyediakan lebih banyak peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk memberi maklum balas masing-masing ke arah perangkaan sebuah bajet yang memenuhi keperluan rakyat, serta selaras dengan dasar dan objektif negara.

Antara pembentangan bajet yang diumumkan pada Bajet 2022 ialah Bantuan Keluarga Malaysia.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperkenal melalui Belanjawan 2022 dan bantuan tunai ini ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelumnya agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang layak.

Berikut adalah jumlah bantuan yang diperuntukkan:

KATEGORI 1

kategori 1 BKM

  • Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah
  • Lebih 3 anak
  • Bantuan RM2000

KATEGORI 2

kategori 2 BKM

  • Pendapatan Isi rumah RM2500 ke atas sebulan
  • 1-2 anak : Bantuan RM1500
  • Tiada anak: RM1,000

KATEGORI 3

KATEGORI 3 BKM

  • Ibu bapa tunggal dengan tanggungan
  • Pendapatan Isi Rumah sehingga RM5000 sebulan
  • Bantuan RM500

KATEGORI 4

KATEGORI 4 BKM

  • Bantuan RM300 untuk warga emas

KELAYAKAN PENDAPATAN PENERIMA JKM AKAN DINAIKKAN

Pendapatan penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dinaikkan kepada RM1669 daripada RM969 yang memperuntukkan sebanyak 2.4 billion dari Kerajaan.

KELAYAKAN JKM DINAIKKAN

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Bantuan Awal Persekolahan kanak-kanak sebanyak RM150 dinaikkan daripada RM100 pada tahun lalu.

DISKAUN PTPTN

Diskaun bayaran balik PTPTN iaitu 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Diskaun ini akan mula diberikan mulai 1 November 2021.

INSENTIF KHAS ALAT BANTUAN MENGAJAR

Buat pertama kalinya bajet ini menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru sekolah KPM.

Selain itu, terdapat pelbagai lagi bantuan dan inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 yang akan dikemaskini.

Ikuti saluran berikut untuk info terkini:

Laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia https://budget.mof.gov.my/ms/
Facebook Kementerian Kewangan Malaysia
Facebook Tengku Zafrul, Menteri Kewangan Malaysia

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JADUAL PEMBAYARAN PINJAMAN PERIBADI CIMB

JADUAL PEMBAYARAN PINJAMAN PERIBADI CIMB

JADUAL PEMBAYARAN PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT

JADUAL PEMBAYARAN PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT