CARA DAFTAR BANTUAN KELUARGA MALAYSIA : DAFTAR PERMOHONAN BKM DAN KEMASKINI
Untuk makluman anda, Menteri Kewangan Malaysia YB Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz telah membentangkan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021. Beliau telah mengumumkan bahawa pihak kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi pembentangan Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan akibat wabak Covid19 yang telah melanda seluruh dunia buat masa ini.
Beliau juga berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.
Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.
Bantuan tunai langsung itu ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan.
Di bawah ini kami akan kongsikan kepada anda serba sedikit tentang Bantuan Keluarga Malaysia.
Baca Juga Di Sini : MALAYSIABIZ DAFTAR ONLINE (DAFTAR LESEN NIAGA ONLINE)
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BKM HASIL GOV MY
Bantuan Keluarga Malaysia atau singkatannya BKM telah diumumkan melalui Belanjawan 2022 dan bantuan ini adalah bantuan tunai ini ditambah baik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar bantuan ini boleh merangkumi lebih ramai penerima yang layak. Sebelum ini bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Berikut adalah penerangan tentang BKM :
PERMOHONAN BKM 2022
Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah:
- Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.
Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah atau berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat.
CARA DAFTAR PERMOHONAN BAHARU BKM / KEMASKINI BKM 2022
- Klik Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu atau klik Log Masuk
BKM bagi melakukan Kemaskini Permohonan – Masukkan No.MyKad serta kata laluan yang telah didaftarkan. - Setelah Berjaya Log Masuk, paparan menu Kemaskini Permohonan akan dipaparkan
- Seterusnya masukkan No. MyKad pemohon diruangan No. MyKad dan klik butang
Semak. Kemudian lengkapkan kesemua maklumat pemohon yang bertanda (*) – mandatori - Kemudian klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik
butang Sahkan Captcha. - Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang Perakuan Pemohon berkenaan
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan
dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan. - Anda juga boleh download fail pdf panduan untuk memohon dan kemaskini BKM 2022 disini PanduanPenggunaBKM
TARIKH TUTUP PERMOHONAN BKM 2022
Tempoh permohonan dan pengemaskinian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) bermula 01 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022.
SOALAN LAZIM
Apakah Bantuan Keluarga Malaysia BKM?
Bantuan Keluarga Malaysia atau singkatannya BKM adalah adalah bantuan tunai ini ditambah baik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar bantuan ini boleh merangkumi lebih ramai penerima yang layak. Sebelum ini bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Berapakah Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia BKM?
RM2000 untuk mereka yang kategori Isi Rumah berpendapatan bawah RM2500 dan mempunyai lebih 3 orang anak.
Bagaimana jika terlupa kata laluan?
Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.
Sila layari Bantuan Keluarga Malaysia untuk update terkini.
sedang tunggu tarikh buka permohonan.
SUDAH BUKA..TUAN BOLEH FOLLOW ARTICLE INI UNTUK BUAT PERMOHONAN ATAU KEMASKINI.
saya layak tak 510501 02 6031
LAYAK TUAN..
sy layak ke.. 930725126331
SAYA LAYAK TAK 480820 10 5453