CHECK MYBKM :SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE
Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak
lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk
diverifikasi kelayakan.
Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia
ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan
maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?
BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang
memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai
1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke
semasa.
[ KADAR TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA ]
Kategori Bantuan | Pendapatan | Bilangan Anak | Kelayakan Asas | Kelayakan Selepas Kadar Tambahan |
---|---|---|---|---|
IBT yang mempunyai anak (tambahan RM500) | RM2,500 dan ke bawah | 1 hingga 2 | RM1,500 | RM2,000 |
IBT yang mempunyai anak (tambahan RM500) | RM2,500 dan ke bawah | lebih atau sama dengan 3 | RM2,000 | RM2,500 |
IBT yang mempunyai anak (tambahan RM500) | RM2,501 – RM5,000 | 1 hingga 2 | RM600 | RM1,100 |
IBT yang mempunyai anak (tambahan RM500) | RM2,501 – RM5,000 | lebih atau sama dengan 3 | RM800 | RM1,300 |
Warga Emas yang mempunyai anak (tambahan RM300) | RM2,500 dan ke bawah | 1 hingga 2 | RM1,500 | RM1,800 |
Warga Emas yang mempunyai anak (tambahan RM300) | RM2,500 dan ke bawah | lebih atau sama dengan 3 | RM2,000 | RM2,300 |
Warga Emas yang mempunyai anak (tambahan RM300) | RM2,501 – RM5,000 | 1 hingga 2 | RM600 | RM900 |
Warga Emas yang mempunyai anak (tambahan RM300) | RM2,501 – RM5,000 | lebih atau sama dengan 3 | RM800 | RM1,100 |
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
CHECK MYBKM :SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE
NOTA: Sila pastikan anda telah membuat permohonan Bantuan Keluarga Malaysia BKM terlebih dahulu sebelum log masuk BKM. Sekiranya anda masih belum berbuat sedemikian, sila klik link ini sebagai panduan APPLY MYBKM :PERMOHONAN BARU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE
- bagi menyemak status permohonan anda sila Log Masuk BKM di portal rasmi BKM = https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
SEMAKAN STATUS KELULUSAN BKM FASA 1 2022 ONLINE
PANDUAN LENGKAP CARA CHECK/SEMAKAN STATUS LULUS BKM FASA 1 2022 ONLINE UNTUK ISI RUMAH B40, M40, BUJANG DAN WARGA EMAS.
- Klik Link Rasmi Semakan BKM Fasa 1 di sini : https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login.
- Anda akan dibawa ke Log Masuk.
- Sila isi Nombor Kad Pengenalan di ruang No.MyKad/ID Pengguna.
- Kemudian, klik [Semak].
- Klik [Ya] Kata Kunci Keselamatan.
- Sila isi Kata Laluan/Password.
- Klik [Log Masuk].
- Sekarang, anda akan berada di Laman Utama myBKM.
- Untuk Semakan Lulus BKM Fasa 1 2022, klik [Semakan Status].
- Kemudian, lihat di [Status Permohonan].
- Jika Status Permohonan anda paparkan Lulus, anda akan dapat lihat Maklumat Bayaran.
- Lihat Jumlah Bayaran yang anda terima kerana setiap pemohon akan diberi bayaran mengikut Kategori yang berlainan.
- Anda boleh cek Maklumat Bayaran BKM Fasa 1 anda di sini.
- Pembayaran ke akaun akan dikreditkan secara berperingkat.
- Selesai.

- Sila klik pada butang Semakan Status

- Permohonan Diterima akan dinyatakan seperti dalam gambar di bawah.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA FASA 1
Tarikh bayaran Fasa 1 bagi tahun 2022, akan dibuat bermula pada 28 Mac 2022 – 8 April 2022. Bagi pembayaran Fasa 1, 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima.
[MAKLUMAT LANJUT]
Maklumat lanjut, sila dial talian hotline LHDNM = 1-800-88-2747
ATAU
emel ke emel rasmi BKM = [email protected]
ATAU
Maklumat lanjut sila ke laman web rasmi BKM = https://bkm.hasil.gov.my/
ATAU
Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia LHDNM berhampiran anda.