in , ,

DISKAUN SAMAN PDRM 60% 2023 (SEMPENA HARI POLIS KE- 216) : CARA SEMAK SAMAN PDRM ONLINE / SMS

DISKAUN SAMAN PDRM 60%

DISKAUN SAMAN PDRM 60% 2023 (SEMPENA HARI POLIS KE- 216) : CARA SEMAK SAMAN PDRM ONLINE / SMS

Sempena Hari Polis Ke- 216, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah menawarkan diskaun saman sehingga 60% bermula dari 20 Mac hingga 31 Mac 2023.

Di sini, dikongsikan cara untuk membuat semakan saman melalui online atau sms dan juga cara untuk membuat pembayaran saman.

Baca juga : PERMOHONAN E-PRASEKOLAH 2024 / 2025: CARA DAFTAR ONLINE / MANUAL & SYARAT KEMASUKAN PRASEKOLAH

PDRM SAMAN DISCOUNT 2023

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM telah mewar-warkan notis rasmi pengurangan saman yang terpilih melalui media sosial.

TEMPOH TAWARAN PENGURANGAN SAMAN PDRM

Diskaun saman PDRM 60% itu akan ditawarkan selama 12 hari bermula 20 Mac hingga 31 Mac 2023.

Pengurangan saman ini adalah bersempena Hari Polis ke-216.

KADAR DISKAUN SAMAN PDRM 2023

Anda boleh mendapatkan diskaun ini sebanyak 60%

LOKASI BAYARAN SAMAN TRAFIK

  • Tempat : Di semua kaunter bayaran trafik di Ibu pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara. (DISKAUN SAMAN TRAFIK)

Pengurangan Kompaun TIDAK Ditawarkan bagi kesalahan berikut:

  1. Kemalangan
  2. Kesalahan Bicara Mahkamah (M)
  3. Saman Berstatus Waran (W)
  4. Kesalahan Berkaitan Kenderaan Berat (Lori)
  5. Memotong Secara Berbahaya
  6. Menggunakan Lorong Kecemasan
  7. Kesalahan Tidak Boleh Kompaun (NV)
  8. Tidak Patuhi Isyarat Lampu Merah
  9. Memotong Di Garisan Berkembar
  10. Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos
  11. Saman Berstatus OP Selamat

CARA PEMBAYARAN SAMAN PDRM 2023

Bagi mendapatkan potongan saman ini 60%, pengguna perlu membuat bayaran secara online atau manual seperti berikut:

  1. Secara Online
    • Melalui portal MyBayar Saman di pautan https://mybayar.rmp.gov.my atau menerusi aplikasinya
  2. Secara Manual
    • Bayaran di semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen serta Daerah seluruh negara.

CARA SEMAK SAMAN PDRM ONLINE

Berikut adalah cara semak saman menggunakan sistem SSO:

  1. Pergi ke laman rasmi sistem SSO
  2. Sila buat pendaftaran untuk pengguna baru atau log masuk untuk pengguna sedia ada
  3. Setelah log masuk, klik pada ikon ‘Status Saman’
  4. Semakan saman boleh dibuat dengan menggunakan no kad pengenalan atau no kenderaan

CARA SEMAK SAMAN PDRM SMS

Berikut adalah cara semak saman mengguankan SMS iaitu:

  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan atau No Kad Pengenalan
  2. Hantar ke 15888
  3. Tunggu sehingga makluman saman diberikan.

UNTUK RUJUKAN

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai pengurangan saman ini, anda boleh melayari facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM di pautan https://www.facebook.com/JSPTPDRM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PERMOHONAN EPRASEKOLAH

PERMOHONAN E-PRASEKOLAH 2024 / 2025: CARA DAFTAR ONLINE / MANUAL & SYARAT KEMASUKAN PRASEKOLAH