in , ,

CARA PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP

CARA PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP

CARA PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP

Akaun ketiga, iaitu Akaun Fleksibel ialah akaun baharu yang memberikan keanjalan kepada pencarum untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun tersebut boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dengan apa-apa alasan.

BACA JUGA DISINI : PERMOHONAN GREP MARA 2024

CARA PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP

Pengeluaran Akaun 3 KWSP boleh dilakukan melalui KWSP i-Akaun atau mana-mana kaunter / cawangan KWSP yang berdekatan.

Setiap bayaran pengeluaran dari Akaun 3 akan dibuat dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas permohonan diluluskan.

Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun 3 adalah seperti berikut:

  • Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 55 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
  • Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50

Ada tiga jenis senario yang perlu anda tahu sebelum membuat pengeluaran Akaun 3.

  • Baki simpanan Akaun 2 RM3,000 dan ke atas
  • Baki simpanan Akaun 2 melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000
  • Baki simpanan Akaun 2 RM1,000 dan ke bawah

Bagi simpanan Akaun 2 RM3,000 dan ke atas, simpanan semasa dalam Akaun 2 anda nanti akan diagihkan, 16.7% ke Akaun 1, 50% kekal di Akaun 2 dan 33.3% ke Akaun 3.

Bagi baki simpanan Akaun 2 melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, simpanan semasa dalam Akaun 2 akan diagihkan RM1,000 ke Akaun 3, dan baki selebihnya kekal dalam Akaun 2. Tiada pindahan ke Akaun 1.

Bagi baki simpanan Akaun 2 RM1,000 dan ke bawah, kesemua simpanan dalam Akaun 2 akan dipindahkan ke Akaun 3. Tiada pindahan ke Akaun 1 atau Akaun 2. Jadi Akaun 2 anda akan mula dari kosong.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan proses pengeluaran beserta dokumen yang diperlukan, rujuk maklumat terkini dari laman web KWSP di pautan berikut https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals.

Anda juga boleh dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi KWSP di:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2024