CARA BAYAR PTPTN MELALUI ATM BANK ISLAM
Pengeluaran pinjaman pertama dibuat setelah pelajar memulangkan dokumen perjanjian lengkap kepada PTPTN.
Pengeluaran pinjaman kepada pelajar bagi semester berikutnya dibuat berdasarkan syarat-syarat berikut:
- Masih meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan; dan
- Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG) 2.0 ke atas.
Adalah dimaklumkan PTPTN tidak terlibat di dalam urusan pemotongan yuran pengajian IPT. Amaun pinjaman akan dikreditkan terus ke akaun pelajar mengikut semester tertakluk kepada pengesahan yang diberikan oleh IPT. Semakan bayaran pinjaman boleh dilakukan di Penyata Pinjaman dan penyata akaun bank peminjam. Sebarang pertanyaan melibatkan pemotongan yuran pengajian perlu dirujuk kepada IPT masing-masing.
BACA JUGA: CARA BAYAR PTPTN ONLINE MELALUI JOMPAY
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
CARA BAYAR PTPTN MELALUI ATM BANK ISLAM
- Layari laman web Bank Islam = (https://www.bankislam.biz/)
- Masukkan User ID dan Password anda
- Klik Payment/ Services
- Pilih Bill Presentment
- Pilih New IC Number
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan Tanpa Sengkang Contoh :860617123456
- Klik Submit. Maklumat Pinjaman anda akan tertera.
- Klik pinjaman yang ingin dibayar
- Klik Pay
- Maklumat peminjam akan tertera.
- Pilih Saving Account
- Masukkan amaun yang ingin Dibayar
- Klik Pay
- Klik Request i-Access Code
- Access Code akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan pihak bank
- Masukkan Access Code tersebutdalam ruangan berkenaan
- Klik Confirm dan Selesai
- Cetak resit untuk simpanan, lampirkan kepada pegawai PTPTN untuk buat semakan dan terima surat pengesahan pembayaran PTPTN.
[Pinjaman pendidikan akan diberhentikan atas sebab-sebab berikut:]
- Gagal/ berhenti pengajian pada peringkat/ jurusan/ IPT yang diluluskan semasa memohon pinjaman pendidikan;
- Pelajar membuat pembatalan pinjaman pendidikan PTPTN;
- Pemalsuan maklumat semasa permohonan; atau
- Peminjam diisytihar muflis.
Skim pinjaman Pendidikan PTPTN dilindungi oleh takaful berkelompok sekiranya berlaku kematian atau ilat kekal menyeluruh kepada peminjam.
Di bawah konsep perlindungan takaful berkelompok, amaun pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN kepada peminjam akan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada syarikat pengendali takaful.
Setiap peminjam dikehendaki menanggung segala kos perlindungan takaful sebagaimana termaktub dalam perjanjian pinjaman. Bagi peminjam yang masih belajar, kaedah potongan sumbangan takaful dibuat pada setiap kali pengeluaran pinjaman. Manakala bagi peminjam yang telah menamatkan pengajian dan potongan sumbangan takaful didapati tidak mencukupi atau berbaki negatif, amaun tersebut akan didebitkan sebagai pinjaman tambahan.