CARA REGISTER DAN BAYARAN ZAKAT ONLINE SELANGOR GUNA EZAKATPAY
berikut merupakan cara membuat pendaftaran azakatonine secara individu dan syarikat serta cara pembayaran zakat di ezakatpay
BACA JUGA: SEMAKAN KELAYAKAN DISKAUN PINJAMAN PTPTN
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
CARA REGISTER DAN BAYARAN ZAKAT ONLINE SELANGOR GUNA EZAKATPAY
[PENDAFTARAN EZAKATONLINE (INDIVIDU) ]
- sila layari laman web rasmi Zakat Selangor = (https://ezo.zakatselangor.com.my/)
- pada laman web berikut ada log masuk akaun dan pendaftaran baru bagi individu dan syarikat
- klik pada butang individu disebelah pendaftaran baru
- pada bahagian Pilih salah satu identifikasi anda, pilih identifikasi anda samada nombor kad pengenalan baru, nombor kad pengenalan lama, nombor kad polis / tentera, atau nombor passport
- kemudian masukkan maklumat yang dikehendaki berikut iaitu, nama, alamat, poskod, bandar, negeri, nombor telefon, dan pekerjaan
- kemudian masukkan userID Minima 5 abjad dan maksima 15 abjad
- masukkan email Sila pastikan emel yang dimasukkan terkini dan sah kerana e-mel pengesahan akan dihantar ke e-mel ini.
- seterusnya masukkan nama ibu
- akhirnya klik saya setuju setelah anda membaca terma dan syarat
[PENDAFTARAN EZAKATONLINE (SYARIKAT) ]
- sila layari laman web rasmi Zakat Selangor = (https://ezo.zakatselangor.com.my/)
- pada laman web berikut ada log masuk akaun dan pendaftaran baru bagi individu dan syarikat
- klik pada butang syarikat disebelah pendaftaran baru
- masukkan nombor pendaftaran syarikat
- kemudian masukkan maklumat yang dikehendaki berikut iaitu, nama, alamat, poskod, bandar, negeri, nombor telefon, dan pekerjaan
- kemudian masukkan userID Minima 5 abjad dan maksima 15 abjad
- masukkan email Sila pastikan emel yang dimasukkan terkini dan sah kerana e-mel pengesahan akan dihantar ke e-mel ini.
- akhirnya klik saya setuju setelah anda membaca terma dan syarat
[CARA PEMBAYARAN ZAKAT DI EZAKATPAY]
- sila ke laman web rasmi ezakatpay = (https://fpx.zakatselangor.com.my/)
- sila masukkan nama penuh pengeluar zakat di bahagian nama penuh yang sama seperti tertera pada kad pengenalan pengeluar zakat
- di bahagian jenis pengenalan pula, pilih jenis pengenalan yang anda ingin samada kad pengenalan baru, passport atau pendaftaran syarikat
- dibahagian nombor pengenalan, sila masukkan nombor pengenalan berdasarkan pilihan anda pada bahagian jenis pengenalan Contoh Mykad: 700223109999 atau Passport: A17041223 atau No Syarikat: 122805048U
- pada bahagian nombor telefon sila isi nombor telefon
- pada bahagian jenis zakat, sila pilih samada anda ingin membuat zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat simpanan, zakat saham, zakat KWSP, zakat emas, zakat perak, qadha zakat, zakat harta, zakat tanaman, zakat padi, zakat ternakan, dan fidyah puasa
- pada bahagian pilih satu kaedah pembayaran, terdapat 3 kaedah samada menggunakan online banking (FPX), e-wallet (JomPay) atau (TouchNGo)
- pada bahagian pilih bank, sila pilih bank
- laksanakan pembayaran anda dengan mengisi apa yang diminta seperti biasa
- anda boleh cetak resit pembayaran setelah mendapat resit