Menu

PORTAL PERMOHONAN

Search
Menu

PORTAL PERMOHONAN

Search

You are here:

  1. Home
  2. BKC BANTUAN KHAS COVID
  3. BAYARAN BKC FASA 1 BUJANG (SEMAKAN STATUS ONLINE & TARIKH BAYARAN)
in BANTUAN, BKC BANTUAN KHAS COVID

BAYARAN BKC FASA 1 BUJANG (SEMAKAN STATUS ONLINE & TARIKH BAYARAN)

September 7, 2021, 2:54 pm

BAYARAN BKC FASA 1 BUJANG
Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp Share on Telegram

BAYARAN BKC FASA 1 BUJANG (SEMAKAN STATUS ONLINE & TARIKH BAYARAN)

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Bantuan ini juga turut diberikan kepada golongan bujang, iaitu golongan Miskin Tegar, B40 dan M40 yang berkelayakan. Disini kami kongsikan panduan bago golongan bujang untuk membuat semakan status online dan tarikh bayaran.

CARA SEMAKAN STATUS BKC BUJANG

Untuk membuat semakan status permohonan BKC bujang secara online, berikut adalah caranya:

  1. Layari Portal Rasmi BKC: https://bkc.hasil.gov.my)
  2. Klik Log Masuk atau Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad
  4. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  5. Masukkan Kata Laluan
  6. Maklumat yang akan dipaparkan :
  • Status Permohonan
  • Amaun Keseluruhan Diterima
  • Maklumat Pembayaran
  • Paparan Borang

MAKLUMAT TARIKH BAYARAN BKC FASA 1 BUJANG

Berikut adalah maklumat bagi golongan bujang iaitu:

1.Maklumat BKC Bujang Miskin Tegar

  • Mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan, Bujang Miskin Tegar yang layak memohon ialah yang bergaji antara RM2,500 ke bawah(Berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021).
  • Kadar bantuan BKC adalah sebanyak RM500
  • Bayaran BKC Fasa Pertama sebanyak RM200 dan akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bermula pada 6 September 2021.
  • Bayaran BKC Fasa Kedua sebanyak RM300 pula akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank penerima pada bulan November 2021. (Tarikh sebenar pembayaran akan dimaklumkan nanti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri nanti)

2.Maklumat BKC Bujang B40

  • Mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan, Bujang Miskin Tegar yang layak memohon ialah yang bergaji antara RM2,500 ke bawah(Berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021).
  • Kadar bantuan BKC adalah sebanyak RM200
  • Bayaran BKC hanyalah pada Fasa Pertama sahaja sebanyak RM200 dan akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bermula pada 6 September 2021.

3.Maklumat BKC Bujang M40

  • Mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan, Bujang Miskin Tegar yang layak memohon ialah yang bergaji antara RM2,501 hingga RM5,000 (Berdasarkan pelaporan cukai pendapatan).
  • Kadar bantuan BKC adalah sebanyak RM100
  • Bayaran BKC hanyalah pada Fasa Pertama sahaja sebanyak RM100 dan akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bermula pada 6 September 2021.

CARA DAFTAR BKC BUJANG

Sekiranya anda pengguna baharu, berikut adalah merupakan cara daftar BKC:

1.Layari Portal Rasmi BKC: https://bkc.hasil.gov.my
2.Klik Log Masuk / Semakan Status
3.Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
4.Sekiranya anda belum mendaftar MyBKC, paparan “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar” akan dipaparkan.
5.Klik Daftar Akaun
6.Maklumat Keselamatan. Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul.

  • Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat asas yang dilaporkan pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian.
  • Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul

7.Pendaftaran MyBKC (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)

  • Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
  • Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
  • Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBKC.
  • Jawab 5 Soalan yang disediakan
  • Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
  • Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
  • Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan
  • Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar
  • Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
  • Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
  • Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBKC

8.Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu BKC”. Anda boleh Log Masuk MyBKC / Semakan Status.

BACA JUGA DISINI : LANGKAH-LANGKAH UNTUK PEMOHON BKC STATUS GAGAL KREDIT

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp Share on Telegram

You May Also Like

  • LANGKAH-LANGKAH UNTUK PEMOHON BKC STATUS GAGAL KREDIT

    LANGKAH-LANGKAH UNTUK PEMOHON BKC STATUS GAGAL KREDIT

  • BKC FASA 3

    BKC FASA 3 (CARA SEMAKAN STATUS BAYARAN BKC FASA 3 UNTUK MISKIN TEGAR,B40,M40)

  • CARA CHECK STATUS BAYARAN FASA 2 BKC UNTUK BUJANG_ISI RUMAH_B40

    CARA CHECK STATUS BAYARAN FASA 2 BKC UNTUK BUJANG/ISI RUMAH/B40

  • DISKAUN SAMAN PDRM 60%

    DISKAUN SAMAN PDRM 60% 2023 (SEMPENA HARI POLIS KE- 216) : CARA SEMAK SAMAN PDRM ONLINE / SMS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BANTUAN BUDI SABAH 2021

BANTUAN BUDI SABAH 2021 (BANTUAN PELAJAR SABAH DI SEMENANJUNG)

LANGKAH-LANGKAH UNTUK PEMOHON BKC STATUS GAGAL KREDIT

LANGKAH-LANGKAH UNTUK PEMOHON BKC STATUS GAGAL KREDIT

Artikel Popular

  • LOGIN STR

    LOGIN STR 2023 : CARA LOGIN / LOG MASUK & SEMAK STATUS MySTR

  • LANGKAH BAYAR SAMAN ONLINE MAYBANK2U

    LANGKAH BAYAR SAMAN ONLINE MAYBANK2U

  • CARA QADA SOLAT SUBUH KERANA TERTIDUR

  • MAKSUD ON HOLD KEADAAN KHAS J&T

    MAKSUD ON HOLD KEADAAN KHAS J&T : STATUS KEADAAN KHAS J&T

  • CARA REGISTER TOUCH N GO GUNA IC

2021 Portal Permohonan Malaysia

  • TENTANG KAMI
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Back to Top
Close
  • PERMOHONAN
  • BANTUAN
  • SEMAKAN
  • PENDIDIKAN
  • UKKM
  • INFO
  • TABUNG HAJI
  • TIPS