BUKA AKAUN BANK ISLAM ONLINE:CARA DAFTAR SECARA ONLINE
KELEBIHAN BANK ISLAM SECARA ONLINE:
Memudahkan urusan anda seperti pemindahan wang,memeriksa baki akaun dan pembayaran bil tanpa anda perlu beratur di atm ataupun di mana-mana kaunter pembayaran.
SYARAT-SYARAT UNTUK BUKA AKAUN BANK ISLAM ONLINE
- Jenis akaun adalah pemilik tunggal atau individu/perseorangan
- Mestilah berumur 18 tahun dan keatas
- Mempunyai Kad Debit atau KAD ATM BANK ISLAM
- Mempunyai No Pin ATM untuk kad ATM/Kad Debit
LANGKAH-LANGKAH
Untuk mendaftar secara online:
- Layari laman web Bank Islam IB https://www.bankislam.biz/.
- Kemudian, pada laman tersebut, klik butang FIRST TIME USER.
- Pada laman seterusnya, tertera terma dan syarat pada ruangan Terms & Conditions. Baca terma dan syarat tersebut. Kemudian, tick pada kenyataan di bawah tanda anda bersetuju dengan terma dan syarat tersebut.
- Klik butang Continue.
- Pada paparan seterusnya, tekan butang Continue.
- Pada laman seterusnya, pada ruangan ATM Card / Debit Card No:, masukkan nombor kad 16 digit yang terdapat pada kad ATM/debit anda.
- Pada ruangan ATM PIN, masukkan nombor PIN kad ATM/debit anda.
- Klik butang Continue untuk meneruskan urusan daftar Bank Islam anda.
- Pada laman seterusnya, terdapat ruangan untuk mengisi maklumat.
- Pada ruangan Customer Name, masukkan nama penuh anda.
- Pada ruangan IC/ID, masukkan nombor kad pengenalan anda. (tiada tanda sempang “-“ ataupun jarak)
- Pada ruangan User ID, masukkan sebarang username yang anda ingin guna untuk akaun anda (mestilah alphanumeric – ada gabungan nombor, simbol dan abjad)
- Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan (juga mestilah alphanumeric, minimum lapan aksara)
- Sekadar ingatan, dalam urusan Bank Islam secara online ini, sila pilih dan gunakan password yang kuat dan sukar untuk dicerobohi.
- Pada ruangan Confirm Password, masukkan sekali lagi password yang anda ingin gunakan.
- Pada ruangan E-Mail, masukkan alamat emel anda.
- Pada ruangan Mobile Number, masukkan nombor telefon anda yang aktif. Masukkan 60 pada petak yang pertama dan baki nombor lain pada petak yang seterusnya.
- Pada ruangan Private Word, masukkan kata rahsia yang anda ingin gunakan sebagai langkah keselamatan untuk memastikan anda boleh detect akaun anda.
- Pada ruangan Select One Private Image, pilih mana-mana gambar yang anda ingin guna sebagai langkah keselamatan untuk detect akaun anda.
- Pada ruangan Secret Question serta Secret Answer, pilih 3 soalan secara rawak dan anda tetapkan jawapan untuk setiap soalan tersebut. Hanya anda sahaja yang boleh mengetahui jawapan untuk setiap soalan tersebut.
- Kemudian, klik butang Submit.
- Pada laman seterusnya, segala yang anda isi akan dipaparkan semula. Sahkan semula semua maklumat yang anda isi, kemudian tekan butang Confirm.
- Sila periksa telefon bimbit/pintar anda. Anda akan menerima SMS daripada pihak bank Islam yang menyatakan bahawa pendaftaran nombor telefon bimbit/pintar untuk IAC berjaya.
- Pendaftaran anda berjaya dan anda boleh login ke akaun baru Bank Islam IB anda.
BACA JUGA DISINI:
AKAUN TH SECARA ONLINE : LANGKAH BUKA TABUNG HAJI SECARA ONLINE ATAU VIRTUAL ACCOUNT OPENING (VAO)
LOGIN THiJARI TABUNG HAJI:DAFTAR,LOG MASUK,KEMASKINI DAN SEMAKAN UNTUK RAYUAN HAJI (thijari.com.my)
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:PERMOHONAN PENDAFTARAN KELAHIRAN : CARA DAFTAR SECARA ONLINE | PORTAL PERMOHONAN