in , ,

PERMOHONAN PENDAFTARAN KELAHIRAN : CARA DAFTAR SECARA ONLINE

PERMOHONAN PENDAFTARAN KELAHIRAN

PERMOHONAN PENDAFTARAN KELAHIRAN : CARA DAFTAR SECARA ONLINE

Cara Permohonan Pendaftaran Kelahiran Secara Online JPN

PERMOHONAN PENDAFTARAN KELAHIRAN

  1. Layari Portal JPN : https://www.jpn.gov.my
  2. Klik pada pautan Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian di bawah menu Perkhidmatan “Dalam Talian”
  3. Pilih Pendaftaran Kelahiran Online (atau terus scan QR code dalam poster di atas).
  4. Pengguna akan dibawa ke alamat https://osldftrhr.jpn.gov.my
  5. Paparan utama laman sesawang sistem adalah seperti yang tertera di bawah.
  6. Pengguna perlu mendaftar di Portal MyGovernment terlebih dahulu sebelum dibenarkan log masuk ke sistem.
    i. Klik butang Daftar Pengguna Baru untuk mendaftar bagi kali pertama; atau
    ii. Klik Log Masuk jika sudah mendaftar
    *(Rujuk panduan bergambar di bawah untuk mendaftar)
  7. Laman pendaftaran pengguna baru akan dipaparkan.
  8. Pengguna baru perlu mengisi dengan lengkap dan tepat semua maklumat yang diperlukan bagi proses pendaftaran
    i. Pastikan ruangan nama penuh di lengkapkan dengan nama sama seperti di kad pengenalan dan;
    ii. Alamat emel yang di berikan adalah wujud untuk tujuan penghantaran notifikasi pengaktifan pendaftaran akaun.
  9. Pengguna akan menerima emel dari [email protected].
  10. Sila klik pada butang yang tertera bagi mengaktifkan akaun anda.
  11. Setelah klik pada pengesahan pendaftaran yang diemelkan, pemohon akan dipaparkan ke halaman utama web, di sini pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.
  12. Pemohon akan dipaparkan ke notifikasi pengaktifan kata laluan perjaya, di sini pemohon klik seterusnya untuk log masuk kali pertama.
  13. Sebagai pengguna baru sistem, pengguna perlu memasukkan No MyKad atau emel dan kata laluan yang telah didaftarkan
  14. Pengguna akan dibawa ke laman utama sistem setelah pengguna berjaya log masuk.

Cara Isi Borang Daftaran Kelahiran Online JPN

Langkah 1

Pergi semula ke laman web JPN tadi atau terus ke pautan https://osdftrlhr.jpn.gov.my/indexi.php

Sila baca semua terma & syarat yang telah disenaraikan.

PERMOHONAN PENDAFTARAN KELAHIRAN

Jika setuju dengan terma yang disenaraikan, sila klik pada butang ‘Setuju’ untuk meneruskan permohonan.

Langkah 2

  1. Pengguna perlu melengkapkan borang tersebut, dan klik butang “Seterusnya”.
  2. Teruskan dan klik butang “Daftar”.
  3. Lengkapkan status Taraf Perkahwinan dan klik butang “Daftar”.
  4. Seterusnya anda perlu mengisi maklumat kelahiran
  5. Setelah mengisi semua maklumat, anda akan menerima notifikasi PERMOHONAN ANDA TELAH BERJAYA.
  6. Permohonan yang berjaya didaftarkan, sila klik butang Cetak Slip Permohonan.
  7. Sila simpan / screenshot no slip permohonan yang diberikan untuk ditunjukkan kepada pegawai di Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara yang berdekatan.
  8. Anda perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran negara yang berdekatan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran.

BACA JUGA DISINI

BUKA AKAUN BANK ISLAM ONLINE:CARA DAFTAR SECARA ONLINE

Permohonan Bantuan Bakul Makanan JKM : Bantuan Prihatin Negara

 

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    RENEW LESEN PEJABAT POS

    RENEW LESEN PEJABAT POS 2021 : CARA RENEW ROADTAX DI PEJABAT POS