in , ,

AKAUN TH SECARA ONLINE : LANGKAH BUKA TABUNG HAJI SECARA ONLINE ATAU VIRTUAL ACCOUNT OPENING (VAO)

Akaun TH Secara Online

AKAUN TH SECARA ONLINE : LANGKAH BUKA TABUNG HAJI SECARA ONLINE ATAU VIRTUAL ACCOUNT OPENING (VAO)

Pengenalan VAO (Virtual Account Opening)

VAO merupakan  inisiatif transformasi digital TH ke arah memperluaskan akses perkhidmatan, menjimatkan masa, mesra alam, selamat dan cekap.

Tujuan VAO ialah untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk membuka akaun TH dengan lebih mudah tidak kira di mana sahaja mereka berada samada melalui laman web atau aplikasi mudah alih, THiJARI.

TH menyaran agar para pendepositnya terus meningkatkan penggunaan perkhidmatan dalam talian sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengurangkan interaksi bersemuka di kaunter cawangan TH seluruh negara berikutan penularan Covid-19 yang amat membimbangkan pada masa kini.

Akaun TH Secara Online

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK BUKA AKAUN TH SECARA ONLINE

Berikut adalah syarat kelayakan:

  1. Individu beragama Islam dan waras
  2. Warganegara Malaysia

CARA BUKA AKAUN TH SECARA MAYA

Berikut adalah cara buka akaun Tabung Haji secara maya:

  1. Sila layari portal Thijari thijari.com.my
  2. Klik Tiada Akaun TH? BUKA SEKARANG
  3. Sila lengkapkan butiran maklumat yang diperlukan.
  4. Sila hadir ke cawangan TH untuk membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan

 

SOALAN LAZIM :

Apa yang perlu dilakukan sekiranya pendeposit lupa ID pengguna / kata laluan?                       Pendeposit perlu membuat penukaran kata laluan pada menu “Terlupa Butiran Log Masuk”.

Adakah penjaga boleh menyemak akaun TH anak bawah jagaan?
Boleh. Penjaga boleh menyemak pada menu “Ringkasan Akaun”.

Adakah penjaga boleh membuat transaksi pindahan simpanan bagi akaun anak bawah jagaan?
Boleh. Akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar THiJARI.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya nombor TAC disekat?
Pendeposit perlu menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919 bagi tindakan selanjutnya.

Adakah saya perlu hadir kemana-mana pejabat TH Cawangan bagi tujuan pengesahan maklumat yang telah dikemaskini?
Tidak, anda tidak perlu hadir ke pejabat TH Cawangan bagi tujuan pengesahan.

Apakah maklumat peribadi yang boleh dikemaskini melalui portal THiJARI?
Maklumat yang hanya boleh dikemaskini adalah seperti berikut:-

  1. Gelaran
  2. Emel
  3. Alamat Surat Menyurat
  4. No Telefon Rumah & Pejabat
  5. Maklumat Pekerjaan

Untuk maklumat lanjut :
📞 : +603-62071919(THCC)
📱 : Muat turun aplikasi THiJARI
📧 : [email protected]
🌐 : https://www.tabunghaji.gov.my/

Baca Juga Disini :

GKP 4.0 Bantuan RM1000

Permohonan Moratorium Pinjaman Bank

 

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    PERMOHONAN RUMAH PPRT ONLINE

    Permohonan Rumah PPRT Online