CARA DAFTAR MYBAYAR SAMAN :PANDUAN LENGKAP BAYAR ONLINE KOMPAUN POLIS TRAFIK DAN JPJ
berikut merupakan langkah-langkah membuat pendaftaran MyBayar Saman dan Cara yang lengkap untuk membuat pembayaran kompaun polis trafik dan JPJ secara online
BACA JUGA: CARA MOHON BANTUAN KASIH IBU SMART SELANGOR KISS RM800
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
CARA DAFTAR MYBAYAR SAMAN :PANDUAN LENGKAP BAYAR ONLINE KOMPAUN POLIS TRAFIK DAN JPJ
[CARA DAFTAR DI MYBAYAR SAMAN]
Sila layari laman web rasmi MyBayar Saman = https://mybayar.rmp.gov.my/en
Seterusnya, sila klik pada butang “New User Sign Up“
Di laman utama, anda akan diminta untuk mengisi maklumat anda dengan betul dan lengkap iaitu Nombor Kad Pengenalan anda, Nama Penuh (mengikut nama pada kad pengenalan anda), Emel anda, Nombor Telefon anda
kemudian, setelah membaca terma dan syarat pendaftaran MyBayar Saman dengan menekan butang “Terms And Condition“, sila tik pada kotak persetujuan terma dan syarat
tekan pada butang “Request For OTP Verification” untuk minta 6 digit Kod OTP, kemudian anda akan mendapat SMS daripada MyBayar Saman berdasarkan nombor telefon yang berdaftar dengan MyBayar Saman. Sila masukkan 6 digit kod OTP yang diterima tersebut di ruangan yang disediakan
Sila klik butang biru “Next“.
Di laman Kedua, anda dikehendaki untuk mengisi Alamat terkini anda, Bandar, Poskod, dan Negeri anda berada.
Anda juga diminta untuk mencipta dan menghafal Kata Laluan anda bagi proses log masuk akaun, masukkan Kata Laluan anda di bahagian Password dan masukkan sekali lagi Kata Laluan anda di bahagian Confirm Password.
Nota: anda juga perlu pastikan kata laluan anda menepati syarat kata laluan yang dikehendaki iaitu:
- Mengandungi huruf besar dan huruf kecil
- Mengandungi sekurang-kurangnya 1 simbol seperti ([email protected]$#&)
- Mengandungi sekurang-kurangnya 6 huruf
Akhirnya, klik pada butang hijau “Confirm“
[CARA BAYAR ONLINE KOMPAUN POLIS TRAFIK DAN JPJ]
Sila Log Masuk ke Akaun MyBayar Saman anda di portal rasmi MyBayar Saman dengan melengkapakan ID pengguna dengan Nombor Kad Pengenalan anda dan masukkan Kata Laluan = https://mybayar.rmp.gov.my/en
Setelah anda log masuk, klik pada butang “Payment of Summons” dan pilih mana-mana saman yang hendak dipilih samada kompaun polis trafik atau JPJ sekiranya ada. Kemudian anda perlu pilih mode bayaran dan lakukan transaksi secara online banking seperti biasa.
Sila cetak dan simpan resit pembayaran anda yang diterima di emel anda dan anda juga boleh semak sejarah transaksi pembayaran saman di portal MyBayar Saman