in

CARA MOHON BANTUAN KASIH IBU SMART SELANGOR KISS RM800

CARA MOHON BANTUAN KASIH IBU SMART SELANGOR KISS RM800

CARA MOHON BANTUAN KASIH IBU SMART SELANGOR KISS RM800

Kerajaan negeri Selangor mengiktiraf peranan penting kaum ibu dalam sesebuah keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.

Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu, Kerajaan negeri Selangor memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu dikalangan golongan berpendapatan rendah (kumpulan B40).

BACA JUGA: CARA BAYAR SAMAN TRAFIK ONLINE 2022

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

CARA MOHON BANTUAN KASIH IBU SMART SELANGOR KISS RM800

  1. Kiss Selangor akan membuat laman web pendaftaran bantuan kasih ibu smart selangor pada masa yang akan diberitahu secara atas talian di laman web rasmi Kiss Selangor = (https://www.kiss.com.my/)
  2. akan tetapi anda boleh mendaftar secara manual dengan memuat turun borang pendaftaran di laman web rasmi kiss selangor = (https://www.kiss.com.my/borang-pendaftaran)
  3. atau anda boleh mendapatkan borang tersebut di tempat berikut:
  • Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  • Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
  • Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
  • Pusat Wanita Berdaya

[SYARAT KELAYAKAN]

  • Berdaftar sebagai pemohon BSH dibawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih
  • warganegara Malaysia
  • lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak / tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi
  • pendapatan isi rumah di bawah RM 2000 sebulan

[CARA PENGGUNAAN KAD]

  1. peserta perlu pergi ke kadai / pasaraya yang berdaftar dengan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)
  2. peserta perlu memilih barangan keperluan asas
  3. setelah itu, peserta perlu memberikan kad KISS kepada juruwang dikaunter pembayaran
  4. peserta perlu terlebih dahulu menyemak baki kad sebelum membuat pembayaran
  5. Ketika pembayaran, juruwang akan merekodkan barangan yang dipilih secara automatik menggunakan sistem POS (Point of Sale)
  6. tambahan, hanya barangan yang tersenarai dalam program KISS akan diluluskan untuk pembelian yang akan ditapis oleh sistem POS
  7. juruwang akan memasukkan kad KISS ke dalam terminal pembayaran
  8. peserta perlu menekan nombor PIN kad KISS di terminal pembayaran
  9. resit akan dicetak dan memaparkan baki awal, senarai barangan yang dibeli dan baki akhir

[MAKLUMAT LANJUT]

Sebarang kekeliruan anda boleh layari ke laman web rasmi Kasih Ibu Smart Selangor KISS = https://www.kiss.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA BAYAR SAMAN TRAFIK ONLINE 2022

CARA BAYAR SAMAN TRAFIK ONLINE 2022