in ,

CARA DAN SYARAT KELUARKAN DUIT KWSP UNTUK PEMBELIAN RUMAH

CARA DAN SYARAT KELUARKAN DUIT KWSP UNTUK PEMBELIAN RUMAH

CARA DAN SYARAT KELUARKAN DUIT KWSP UNTUK PEMBELIAN RUMAH

Bagi kebanyakan kita, harga rumah yang melambung tinggi merosakkan impian untuk memiliki rumah. Oleh itu, keputusan untuk membeli harta tanah adalah keputusan utama bagi ahli. Untuk mencapai kehidupan persaraan yang selesa, kami membenarkan ahli mengeluarkan dana dari akaun 2 untuk membeli rumah.

BACA JUGA: TUTORIAL BAYAR AEON KREDIT GUNA MAYBANK2U

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

CARA DAN SYARAT KELUARKAN DUIT KWSP UNTUK PEMBELIAN RUMAH

[KELAYAKAN MEMOHON]

  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara
  2. Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
  3. Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

[SYARAT PENGELUARAN]

  • Ahli membeli atau membina atas sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres /berkembar / apartment / kondominium /‘studio apartment’ / ‘service apartment’/‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman Syarat Pengeluaran
  • Ahli mengambil pinjaman perumahan daripada insititusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman berikut :-
  1. Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
  2. Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
  3. Majikan ahli
  4. Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
  5. Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
  6. Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU
  7. Secara tunai
  • Surat Perjanjian Jual Beli adalah tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau melupuskan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua
  • Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP
  • Ahli membeli tanah dan membina rumah diatasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan)
  • Ahli tidak layak memohon sekiranya :-
  1. Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
  2. Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
  3. Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
  4. Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
  5. Membeli rumah ketiga
  6. Membeli rumah di luar negara

[KAEDAH BAYARAN]

Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :

  1. Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan bank panel KWSP yang dilantik; DAN
  2. Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank
  3. Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)
  4. Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat melalui cek jurubank

[DOKUMEN YANG DIPERLUKAN]

  1. Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5)
  2. Salinan dokumen pengenalan diri (jika bukan pemegang Mykad)
  3. Maklumat Akaun Bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank atau salinan akaun semasa membuat permohonan)
  4. Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter / permohonan melalui pos

(Dokumen Sokongan)

  1. Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Membeli Rumah di laman web KWSP atau pejabat KWSP untuk semua dokumen yang diperlukan
  2. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JENIS-JENIS POKOK KELADI HIASAN