in , ,

CONTOH SOALAN UJIAN KEPERIBADIAN UKKM MRSM : TEKNIK MENJAWAB SOALAN UKKM MRSM

CONTOH SOALAN UJIAN KEPERIBADIAN UKKM MRSM

CONTOH SOALAN UJIAN KEPERIBADIAN UKKM MRSM : TEKNIK MENJAWAB SOALAN UKKM MRSM

Ujian Kecenderungan Kemasukkan Mara(UKKM) adalah satu ujian yang perlu ditempuhi oleh setiap pelajar yang terpilih untuk kemasukan ke MRSM.Terdapat beberapa siri ujian yang perlu dijawab,antaranya soalan Matematik,Sains,Inggeris dan Ujian Keperibadian.Ujian Keperibadian mengandungi 100 soalan objektif yang perlu dijawab oleh pelajar.

CARA BUAT SEMAKAN UNTUK MENDUDUKI UKKM

Pelajar boleh membuat semakan status tawaran menduduki ujian UKKM melalui:

Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1
Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4

CONTOH SOALAN UJIAN KEPERIBADIAN UKKM MRSM

  1. Pada hari-hari tertentu apabila anda keluar, anda lebih gemar…
    a)merancang perkara dan masa anda akan melakukannya
    b)pergi begitu sahaja
  2. Adakah anda menganggap diri sebagai…
    a)orang yang cenderung bersikap spontan
    b)orang cenderung bersifat terurus
  3. Jika anda seorang murid, anda akan lebih gemar belajar…
    a)berdasarkan fakta
    b)yang melibatkan teori
  4. Kebiasaannya anda adalah seorang yang…
    a)selesa bergaul
    b)pendiam dan berat mulut
  5. Pada kebiasaanya anda lebih mesra dengan…
    a)orang yang berdaya kreatif
    b)orang yang realistik
  6. Anda lebih kerap membiarkan…
    a)hati mengawal fikiran anda
    b)fikiran mengawal hati anda
  7. Anda lebih melakukan pelbagai perkara ..
    a)tanpa dirancang
    b)menurut perancangan anda
  8. Anda seorang yang…
    a)mudah difahami
    b)sukar difahami
  9. Sifat mengikut jadual …
    a)menarik bagi anda
    b)menghambat/menghadkan anda
  10. Apabila anda mempunyai tugas khas untuk dilaksanakan, anda suka…
    a)mengurusnya dengan teliti sebelum memulakannya
    b)redah sahaja dan hadapi apa yang perlu dilakukan waktu melaksanakannya
  11. Selalunya, anda lebih gemar…
    a)mengikut arus
    b)mengikut jadual yang dirancang
  12. Kebanyakan orang akan berkata bahawa anda…
    a)seorang yang suka memencilkan diri
    b)seorang yang bersikap terbuka
  13. Anda lebih suka dianggap sebagai…
    a)seorang yang bersikap praktikal
    b)seorang yang banyak akal
  14. Dalam kumpulan yang besar, anda lebih kerap…
    a)memperkenalkan orang lain
    b)diperkenalkan oleh orang lain
  15. Anda lebih suka mempunyai seorang kawan yang…
    a)sentiasa mempunyai idea baharu
    b)berpendirian realistik
  16. Anda lebih cenderung…
    a)kepada nilai sentimen berbanding logik
    b)kepada logik berbanding nilai sentiment
  17. Anda memilih untuk…
    a)tunggu dan lihat apa berlaku, selepas itu baru buat perancangan
    b)merancangkan sesuatu terlebih dahulu
  18. Anda lebih cenderung meluangkan masa…
    a)bersendirian
    b)bersama orang lain
  19. Apabila berada dikalangan orang-orang lain, anda…
    a)rasa bertenaga
    b)rasa letih
  20. Pada kebiasaanya, anda…
    a)bergaul mesra dengan orang lain
    b)lebih suka memencilkan diri

BACA JUGA DISINI :

CONTOH SOALAN UKKM MRSM 2022 (UJIAN KEMASUKAN MRSM 2022)

CONTOH SOALAN MATEMATIK UKKM MRSM : TEKNIK MENJAWAB SOALAN UKKM MRSM

CONTOH SOALAN SAINS UKKM MRSM : TEKNIK MENJAWAB SOALAN UKKM MRSM

Leave a Reply

Your email address will not be published.

BAYAR CUKAI TANAH ONLINE KELANTAN

BAYAR CUKAI TANAH ONLINE KELANTAN : BAYAR CUKAI TANAH SECARA ONLINE(maybank2u,cimbclick)

SHIP STABILITY CALCULATION

SHIP STABILITY CALCULATIONS : SHIP STABILITY SOLVED PROBLEMS