in ,

i-Ceria KWSP 2022 : PENGELUARAN TERAKHIR DUIT KWSP ONE OFF

I CERIA KWSP

i-Ceria KWSP 2022 : PENGELUARAN TERAKHIR DUIT KWSP ONE OFF

Kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan I-CERIA Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir.

Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol), ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini berkata, hal ini kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.

Justeru, Mohd Salim berkata, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula tuntutan rakyat iaitu pengeluaran KWSP untuk kali terakhir dan secara bersasar bagi mereka yang memerlukan, bergantung kepada jumlah simpanan.

Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan pengeluaran wang KWSP menerusi beberapa siri inisiatif, i-Sinar, i-Citra dan i-Lestari.

Cadangan berkenaan turut dipersetujui beberapa Ahli Parlimen termasuk Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit), M. Karupaiya (PH-Padang Serai), Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) dan Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat).

Sementara itu Karupaiya dan Hasan berpendapat, kerajaan perlu mengawal kenaikan harga barang susulan tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab cenderung menaikkan harga ketika rakyat menerima bantuan kewangan.

Hasan berkata, ini menyebabkan kuasa beli kalangan rakyat semakin berkurang walaupun mempunyai wang, oleh itu kerajaan perlu meningkatkan penguatkuasaan dalam mengawal harga barangan terutama di kawasan luar bandar.

Xavier pula berpendapat cadangan i-Ceria itu bertepatan dengan keadaan semasa ekonomi negara yang memerlukan masa untuk kembali pulih seperti sebelum ini dan kerajaan bertanggungjawab membantu anggota Keluarga Malaysia khususnya golongan B40.

ARTICLE BERKAIT : 

  1. KWSP WITHDRAWAL : 17 JENIS PENGELUARAN YANG DISEDIAKAN
  2. DIVIDEN KWSP 2022 CARA SEMAKAN ATAU CHECK MELALUI i-AKAUN EPF
  3. CARA MEMOHON ISAYANG KWSP
  4. CARA SEMAK BAKI AKAUN KWSP ONLINE

TARIKH PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP

Bilakah tarikh permohonan pengeluaran khas KWSP RM10K di buka?

1 April 2022 sehingga 30 April.

PEMBAYARAN I-CERIA

Bilakah tarikh pembayaran pengeluaran khas KWSP ini?
Pembayaran akan dibuat bermula 20 April 2022.

CARA MEMOHON PENGELUARAN KHAS KWSP

CARA MEMOHON PENGELUARAN KHAS KWSP GOV MY 10K 2022 PORTAL RASMI ONLINE. PENDAFTARAN/REGISTER BARU DAN SEMAKAN/CHECK STATUS SERTA TARIKH BAYARAN.

  1. Sila klik Link Rasmi Pengeluaran Khas KWSP di sini : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  2. Klik Mohon Sekarang
  3. Isi no IC dan No telefon Anda
  4. Klik Teruskan dan masukkan no OTP atau soalan keselamatan
  5. Letak Amaun Pilihan Pengeluaran anda
  6. Skrin akan paparkan jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan.
  7. Taip Amaun Pilihan Pengeluaran
  8. Klik Teruskan
  9. Isi lengkap Maklumat Pemohon,Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik,tekan Teruskan.
  10. Tekan Hantar
  11. Selesai

***Join channel telegram kami untuk mengetahui tarikh kredit  PENGELUARAN KHAS KWSP 2022 
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

SEMAKAN STATUS PENGELUARANKHAS KWSP

PANDUAN LENGKAP CARA SEMAKAN PENGELUARANKHAS KWSP 2022 ATAU CHECK STATUS KELULUSAN /PEMBAYARAN.

  1. Klik Link Rasmi SEMAKAN PENGELUARANKHAS KWSP 2022 di sini : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my.
  2. Check Status Kelulusan dibuka pada 9 April 2022. Kami akan kemaskini maklumat ini apabila dibenarkan secara rasminya.
  3. Pergi ke Menu Semakan Status Permohonan.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  5. Pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai
  6. Masukkan Nombor Telefon Bimbit anda yang betul dan masih aktif semasa permohonan.
  7. Tick Saya bukan robot.
  8. Tekan butang SEMAK STATUS.
  9. Sila semak status kelulusan anda seperti yang terpapar.
  10. Sekiranya berjaya, anda akan melihat paparan STATUS PERMOHONAN dan dibawah tulisan tersebut anda terpapar NAMA ANDA.
  11. Selanjutnya, di bawah nama anda, akan ada butang warna hijau PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN.
  12. Maklumat mengenai pembayaran juga akan dipaparkan.
  13. Semakan kelulusan PengeluaranKhas KWSP anda berjaya.
  14. Selesai.

TARIKH BAYARAN PENGELUARANKHAS KWSP 2022

Bayaran akan dibuat bermula pada 20 April 2022.

PEMBAYARAN PENGELUARANKHAS KWSP 2022

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar :

  • Akaun bank (simpanan atau semasa)
  • Akaun bank masih aktif
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

**PERHATIAN

  • Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
  • Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
  • Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
  • Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
  • Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.

Ahli tidak boleh membatalkan permohonan selepas permohonan dihantar dan ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dihantar.

NOMBOR HOTLINE PENGELUARANKHAS KWSP

Jika terdapat sebarang soalan atau pertanyaan anda boleh hubungi pihak berwajib di sini : 03-8922 4848.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

APPLY ESTART RM150 :CARA MOHON BANTUAN EWALLET RM150 UNTUK BELIA

APPLY ESTART RM150 :CARA MOHON BANTUAN EWALLET RM150 UNTUK BELIA (e-Pemula)

SEMAKAN STATUS PENGELUARANKHAS KWSP

SEMAKAN STATUS PENGELUARANKHAS KWSP 2022 ONLINE