PANDUAN DAFTAR E-KASIH
eKasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh Kementerian/Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.
eKasih bukanlah program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.
BACA JUGA: BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG RM50 (CARA PENEBUSAN DAN SEMAKAN BAUCAR)
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
PANDUAN DAFTAR E-KASIH
- Individu/orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) yang berdekatan atau
- Individu/orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Daerah yang berdekatan atau
- melalui telefon atau
- surat atau
- e-mel rasmi
[berikut merupakan nombor telefon cawangan – cawangan PPN di seluruh Malaysia]
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
[SYARAT KELAYAKAN MENDAFTAR E-KASIH]
Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa boleh mendaftar
[Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)]
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap dua (2) tahun sekali. PGK semasa (tahun 2019) adalah seperti berikut:
Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan bulanan semua ahli isi rumah dalam sesuatu tempat kediaman dan dibahagikan dengan bilangan ahli isi rumah tersebut.
[Ketua Isi Rumah (KIR)]
KIR adalah daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal
[Ahli Isi Rumah (AIR)]
AIR ialah mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempat kediaman di mana mereka tinggal.
[MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN BAGI PENDAFTARAN]
- Butiran KIR dan AIR anda
- Lokasi anda
- Kediaman anda
- Pendidikan anda
- Kemahiran dan pekerjaan anda
- Harta anda
- Kesihatan anda
- Bantuan anda
- Pendapatan anda
[SEMAKAN PENDAFTARAN E-KASIH]
- anda perlu mendaftar dahulu di Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) berdekatan anda
- sila layari laman web rasmi E-Kasih untuk semakan = (https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx)
- masukkan nombor kad pengenalan anda
- klik butang Carian