in ,

I-SAYANG AKAN DILANCARKAN OLEH KWSP PADA TAHUN 2022

I-SAYANG AKAN DILANCARKAN OLEH KWSP PADA TAHUN 2022

I-SAYANG AKAN DILANCARKAN OLEH KWSP PADA TAHUN 2022

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan kemudahan i-Sayang pada suku pertama 2022 sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

BACA JUGA: CARA CHECK DIVIDEN ASB ONLINE :SEMAK UNTUNG 2021 GUNA APLIKASI MYASNB

Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)

I-SAYANG AKAN DILANCARKAN OLEH KWSP PADA TAHUN 2022

Menurut Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir beliau berkata, i-Sayang adalah inisiatif pemindahan sukarela dua peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri boleh dilakukan.

Menurutnya juga, pelancaran yang akan datang ialah i-Lindung, iaitu salah satu dana persaraan yang membolehkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.

Inisiatif lain yang disemak termasuklah keperluan mandatori untuk pekerja sektor tidak formal bukan pertanian untuk menyediakan perlindungan KWSP yang sah secara berperingkat.

Tambahan juga, Skim Caruman Lebihan Sukarela adalah skim dimana ahli boleh memaksa majikan menaikkan caruman KWSP kepada lebih 11% daripada kadar cukai berkanun.

[CARA REGISTER I-AKAUN KWSP ONLINE]

  1. Hubungi talian Hotline KWSP di 03-89226000 pada waktu bekerja iaitu pada jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang. Anda perlu maklumkan kepada operator KWSP bahawa anda ingin mendaftar I-Akaun secara view mode. 
  2. Anda kemudiannya akan diberi Kata Laluan Sementara dan Semakan Nombor Ahli KWSP (ID Pengguna Sementara) melalui nombor telefon anda.
  3. Seterusnya, anda perlu layari laman web rasmi KWSP di pautan = (https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login)
  4. Di laman web KWSP anda perlu menggunakan Kata Laluan Sementara dan Semakan Nombor Ahli KWSP (ID Pengguna Sementara) yang anda peroleh untuk mengakses I-Akaun
  5. Selesai. Begitulah sahaja anda boleh menyemak baki akaun, menyemak caruman semasa, menyemak profil, menyemak sejarah pengeluaran, menyemak kelayakan pengeluaran dan melihat apa-apa notifikasi  di inbox I-Akaun

NOTA:

  • Anda juga boleh menukar Kata Laluan I-Akaun anda dengan syarat anda harus menggunakan nombor telefon yang aktif dan terkini.
  • Tiada tempoh tamat ditetapkan untuk akses ke i-Akaun view mode ini.
  • Bagi mendapatkan akses i-Akaun (full mode), Ahli perlu membuat pengemaskinian nombor telefon Transaction Authorization Code (TAC) dan pengesahan Cap Ibu Jari (CIJ) di kios/ kaunter KWSP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA MOHON SUBSIDI KERUSI KESELAMATAN :BANTUAN BAGET 2022

CARA MOHON SUBSIDI KERUSI KESELAMATAN :BANTUAN BAGET 2022