in ,

BANTUAN BAKTIDESA 2022 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN DAN PERMOHONAN

bantuan bakti desa

BANTUAN BAKTI DESA 2022 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN DAN PERMOHONAN

PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN BAKTIDESA KPLB

Melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KPLB dimulakan pada 21 Julai 2005 dengan tujuan untuk menyediakan satu (1) mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar miskin/miskin tegar di LUAR BANDAR yang memohon untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran.

Bantuan yang disediakan adalah berbentuk pemberian secara “one off” sebagai persediaan untuk memasuki institusi pendidikan berkaitan yang telah diiktiraf seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM, Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/Pendidikan) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

JUMLAH BANTUAN BAKTIDESA

Jenis Bantuan: Bantuan Persediaan Kemasukan ke Sekolah/Institusi Pengajian

  • RM 500 Bagi Peringkat SBP,MRSM,Sek.Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/ Pendidikan bertaraf Sijil)
  • RM 1000 Bagi Peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Pertama

BACA JUGA DISINI : MATRIKULASI 2022 PERMOHONAN KEMASUKAN

SYARAT MEMOHON BANTUAN BAKTIDESA

Syarat-syarat yang melayakkan pelajar untuk memohon Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KPLB adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Jumlah pendapatan keluarga pemohon adalah sepertimana yang tercatat pada Jadual Pendapatan Garis Kemiskinan di bawah :

Jadual Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022

  • Telah ditawar/diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Harian/ Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Institut Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Kursus dan bidang latihan yang dijalani perlu mendapat pengiktirafan badan-badan Kerajaan seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), JPK atau badan-badan lain yang berkaitan.
  • Permohonan perlu dikemukakan selewatnya dalam tempoh enam (6) bulan setelah memulakan pengajian.

CARA MOHON BANTUAN BAKTIDESA

Sila muat turun panduan untuk memohon bantuan baktidesa disini :

PANDUAN PERMOHONAN

Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlulah disertakan dengan dokumen-dokumen seperti di bawah. Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh pegawai kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Penghulu, Pengerusi JPKK, Ketua Kampung atau individu yang berkaitan.

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon;.
  2. Salinan Surat Tawaran Masuk ke SBP/MRSM/ Sekolah Asrama Harian/Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam.
  3. Salinan Pengesahan Pendaftaran masuk ke SBP/MRSM/Sekolah harian/Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam.
  4. Salinan Penyata Pendapatan Bulanan/Slip gaji bulanan ayah/ibu atau waris/penjaga pemohon yang telah disahkan. Bagi pihak yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan/slip gaji, pengesahan pendapatan adalah daripada Penghulu, Pengerusi MPKK, Ketua Kampung atau individu yang berkaitan.
  5. Salinan muka hadapan Buku Akaun Bank/Penyata Ringkas Akaun Bank pemohon yang aktif. Akaun Tabung Haji (TH) dan Amanah Saham Nasional (ASB) adalah tidak diterima.

Borang serta dokumen hendaklah dihantar ke alamat berikut:

URUS SETIA AKAUN AMANAH BAKTIDESA KPLB,
Bahagian Pelaburan dan Kawal Selia Anak Syarikat,
Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
Aras 24, No 47,Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 PUTRAJAYA.

***Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia (https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KEMASKINI TARIKH LAHIR MYSEJAHTERA

KEMASKINI TARIKH LAHIR MYSEJAHTERA : CARA UPDATE STATUS VAKSINASI LENGKAP

CLAIM PERKESO COVID 19 : PERMOHONAN DAN SYARAT KELAYAKAN