CARA MEMOHON PERTUKARAN UJRAH PTPTN ONLINE (PENJADUALAN SEMULA BAYARAN)
- Penawaran Ujrah terbuka kepada semua peminjam konvensional (kecuali penerima WPP bukan peminjam).
- Pertukaran pinjaman kepada pinjaman Ujrah (1%) layak kepada semua peminjam KECUALI;
- Peminjam disahkan meninggal dunia atau ilat; atau
- Peminjam yang telah mendapat pengecualian bayaran balik kerana mendapat Ijazah Kelas Pertama.
- Berkuatkuasa 1 Julai 2015 peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% jumlah tunggakan, kos penguatkuasaan dan kos pelbagai (sekiranya ada) terlebih dahulu sebagai komitmen peminjam untuk membolehkan tawaran Ujrah diproses. Peminjam perlu memaklumkan kepada PTPTN selepas bayaran dibuat.
- Bermula 13 Jun 2017 semua kos yang berbaki di dalam pinjaman Konvensional akan dimasukkan di dalam Jumlah Pinjaman semasa pertukaran pinjaman Konvensional kepada pinjaman Ujrah. Jumlah ini akan dikenakan takaful baharu. Sekiranya terdapat lebihan ke atas jumlah yang dikenakan, pemulangan akan dibuat kepada peminjam selepas penyelesaian penuh hutang pinjaman.
BACA JUGA: JADUAL PEMBAYARAN PINJAMAN PERIBADI AGRO BANK
Join channel telegram kami untuk mengetahui info bantuan kerajaan malaysia dan info semasa malaysia
(https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo)
CARA MEMOHON PERTUKARAN UJRAH PTPTN ONLINE (PENJADUALAN SEMULA BAYARAN)
[SECARA ONLINE]
- pergi ke laman web rasmi PTPTN = (https://www.ptptn.gov.my/UjrahOnline/)
- ikut segala arahan yang dinyatakan dan isi maklumat anda
[MELALUI KAUNTER PTPTN]
- pergi ke mana – mana cawangan PTPTN berdekatan anda dan minta Borang Kemas Kini Pertukaran Pinjaman Ujrah
- setelah selesai isi borang tersebut, Dokumen Tawaran akan diserahkan pada hari yang sama ketika urusan permohonan ujrah dilakukan di kaunter.
- Dokumen tawaran hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan kepada PTPTN sebelum tamat tempoh sah laku.
[Asas tempoh bayaran balik adalah berdasarkan Jumlah Prinsipal Ujrah]
- Sekiranya Jumlah Prinsipal Ujrah adalah RM 10,000.00 dan kebawah, maka Tempoh Bayar Balik adalah 60 bulan (5 tahun)
- Sekiranya Jumlah Prinsipal Ujrah adalah Melebihi RM 10,000 hingga RM 22,000. maka Tempoh Bayar Balik adalah 120 bulan (10 tahun)
- Sekiranya Jumlah Prinsipal Ujrah adalah Melebihi RM 22,000 hingga RM 50,000. maka Tempoh Bayar Balik adalah 180 bulan (15 tahun)
- Sekiranya Jumlah Prinsipal Ujrah adalah Melebihi RM 50,000. maka Tempoh Bayar Balik adalah 240 bulan (20 tahun)
- Walau bagaimanapun, peminjam boleh membuat rundingan untuk melanjutkan tempoh bayaran balik melebihi tempoh yang telah ditetapkan dengan membuat penstrukturan semula. Kos upah 1% akan dikenakan sepanjang tempoh tersebut.
- Bagi peminjam yang ingin memanjangkan tempoh bayaran balik, perlu mengemukakan salinan slip gaji terkini atau penyata KWSP atau penyata pendapatan (bagi yang bekerja sendiri).
- Had umur maksimum bagi tempoh bayaran balik pinjaman pendidikan Ujrah adalah sehingga 60 tahun tertakluk kepada rundingan dan persetujuan PTPTN.
[Tempoh Sah Laku Perjanjian]
- Peminjam hendaklah memulangkan semula perjanjian yang telah dilengkapkan beserta Setem Hasil selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh tawaran pertukaran Ujrah.
- Jika gagal, peminjam hendaklah membuat permohonan semula pertukaran Ujrah dengan jumlah prinsipal berbeza disebabkan penambahan kos pentadbiran.